bismillah......

KoTak H❤Ti-since 26 february 2010
Super Happy Smiley

header

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Assalamualaikum...
syukur syukur syukur...
Alhamdulillah, atas segalanya..
syukran ya Allah..

haa, korang pasan tak?..hohoho
* to yang x penah-penah bukak/masok/singgah/ziarah/yang sama waktu dengannya
kat blog aku nie, ( ye la..blog aku bukan pemes pong..!)~alhamdulillah, sedar diri..huu-,-'
op kos la x tahu pape kan..hohoho
so, bio je aku sendirik yang perasan..huu T,T
actually, malam tadi, aku dah tuko template/background and header blog aku nih..!

nie, header lama blog 'KoTaK HaTi'

nie, 1st header yang aku wat sendirik...so, babai to this header..!!
*jasamu tetapku kenang..hohoho(dalam kenangan)

then, malam tadi, aku tuko header nye..
1stly, aku nak used header yang nie..

haaa....tapi, aku tak suke kalernye..merah + pink sangat..tak harmoni plak..
( bukan sebab x suke kaler merah + pink, ok..!)
actually, bole je kalo nak tuko kalernye, tapi kemalassan mampu
mengatasi segalanya..huh..!.hampeh...

last-last, aku carik punye carik pics yang ade kat dalam lappy yang dah usang tapi berjasa BOSA nie,
( usang sebab tak jage betoi-betoi...=,=') so, aku jumpe gak la pic yang sesuai..( aku agak lah)
lepas tu, aku edit lah...edit punye edit....
taa daaaa..!( wat la riak yang kononnye excited,k...hohoho)~tiada paksaan...!c:


so, inilah header yang aku used skang nih..hope korang suke 
n bole terima dengan lapangnya..hohoho(kalo x suke pong, wat2 la suke,ek..
sebab aku dah choose n dah used pong..

bersyukurlah...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...






Assalamualaikum..
Alhamdulillah, masih diberi nikmat nyawa, kesihatan, islam dan juga iman..insyaAllah..
bersyukurlah kalian..sebenarnya, tidak ada satupun yang ada didunia ini adalah milik kita..!sebab, semuanya adalah milik dan datang dari

ALLAH SWT(الله)
 yang mutlak, bahkah roh dan jasad kitapun, bukan milik kita. tapi, hanya ada SATU sahaja yang di dunia ini yang milik kita, yang bukan datang dari
ALLAH SWT(الله)

iaitu, DOSA KITA..


Surah Faatir. Ayat 034.
Dan (sebagai bersyukur) berkatalah mereka: Segala puji tertentu bagi Allah, yang telah menghapuskan perasaan dukacita dari kami; Sesungguhnya Tuhan kami Maha Pengampun, lagi sentiasa memberi balasan yang sebaik-baiknya (kepada orang-orang yang taat);


Surah AlBaqarah. Ayat 152.
Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu)




namun, sedikt sahaja manusia yang bersyukur;





Surah AlMu’minun. Ayat 078.
Dan Dialah jua yang mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur; tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur





Surah AlMulk. Ayat 023.
Katakanlah (wahai Muhammad): Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.


Surah AlA’raaf. Ayat 010.
Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.


Surah Al‘Aadiyaat. Ayat 006.
Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur akan nikmat Tuhannya.



layakkah kita yang hanya bertaraf HAMBA kepada ALLAH SWT(الله), untuk tidak bersyukur atas segala limpahan serta kurniaan nikmat yang telah DIA berikan kepada kita?



Surah Yaasin. Ayat 035.
Supaya mereka makan dari buah-buahannya dan dari apa yang dikerjakan oleh tangan mereka; maka patutkah mereka tidak bersyukur?


ayat-ayat cinta dari-NYA,
copy N paste dari sini..

KHAS untuk diri sendiri..!