bismillah......

KoTak H❤Ti-since 26 february 2010
Super Happy Smiley
Showing posts with label muhasabah diri. Show all posts
Showing posts with label muhasabah diri. Show all posts

"Betapa Beruntungnya Kami"

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

"Betapa untungnya kami" = Ya hanana

Assalamualaikum..

1stly,  الحمد لله
          Alhamdulillah

          Segala puji bagi Allah SWT..

2ndly,   اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
    Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad
    Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.

Ya Hanana atau maksudnya, betapa untungnya kami, sebenarnya tajuk bagi salah satu Qasidah.
best sangat..so, korang layan je la,k..hehe...




Teks Shalawat Ya Hana Na Habib Syech

ظَهَرَ الدِّينُ المُؤَيَّد
dzoharoddiinul muayyad
ظَهَرَ الدِّينُ المُؤَيَّد   بِظُهُورِالنَّبِى اَحمَد
dzoharoddiinul muayyad    bidzhuhuurin nabi ahmad
يَا هَنَانَــــــــا بِمُحَمَّد  ذَلِكَ الفَضلُ مِنَ الله
ya hana na nabi muhammad   dzalikal fadhlu minallah
يَا هَنَانَا
ya hana na
خُصَّ بِالسَّبعِ المَثَانِى   وَحَوى لُطفَ المَعَأنِى
khusho bissab’il matsani   wa hawa luthfal ma’ani
مَالَهُ فِى الخَلقِ ثَانِى   وَعَلَيهِ اَنزَلَ الله
ma lahu fil kholqi tsani   wa a’laihi anzalallah
يَا هَنَانَا
ya hana na
مِن مَكَّةٍ لَمَّا ظَهَر    لِاَجلِهِ انشَقَ القَمَر
min makkatillamma dzohar    liajlihin syaqqal qomar
وَافتخَرَت الُ مُضَر   بِهِ عَلى كُلِّ الاَنَام
waf takhorot aalu mudhor     bihi ala kullil anam
يَاهَانَانَأ
ya hana na
اَطيَبُ النَّاسِ خَلقًا   وَاَجَلُّ النَّاسِ خُلُقُا
athyabunnasi kholqon   wa ajallunnasi khuluqon
ذِكرُهُ غَربًا وَشَرقًا   سَائِرٌ وَالحَمدُ لِله
dzikruhu ghorbaw wa syarqon    saa iruw walhamdu lillah
يَاهَنَانَا
ya hana na
صَلُّوا عَلى خَيرِ الاَنَام   المُصطَفَى بَدرِالتَّمَام
shollu a’la khoiril anami   al musthofa badrittamami
صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا   يَشفَع لَنَأ يَومَ الزِّحَام
shollu a’laihi wasallimu  yasyfa’ lana yaumazzihami
يَا هَنَانَا
ya hana na

MAKSUDNYA;
” Betapa Beruntungnya Kami “

Telah muncul agama yang didukung,
Telah muncul agama yang didukung dengan munculnya sang Nabi Ahmad,
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad (Saw),
itulah anugerah dari Allah.

Betapa beruntungnya kami,

Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah),
penghimpun rahasia setiap makna, tak ada yang senilai dengannya,
dan Allah mewahyukannya kepadanya (Muhammad SAW),

Betapa beruntungnya kami,

Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW),
lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) menjdai dibanggakan di atas seluruh manusia.

Betapa beruntungnya kami,

Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaanNya, dan teragung akhlaknya,
Semua mengelu-elukannya di barat dan di timur.
Segala puji bagi Allah,

Betapa beruntungnya kami,

Bershalawatlah kepada sebaik-baik manusia, yang terpilih,

Sang bulan purnama,
Bershalawatlah dan sampaikan salam kepadanya,
kelak ia akan memberi syafaat kita di hari kebangkitan.





Blog Berselawat (Solatun)





Lirik Sholatun Bi Salamil Mubin (Qasidah Habib Syekh)
صلاةبالسلام المبين


Sholaatun bissalaamil mubiini


لنقطةالتعيين ياغرامي.


Linuqthotitta'iin yaa ghoroomii.

نبي كان أصل التكوين* من عهدكن فيكن ياغرامي.

Nabiyyun kaana ashlattakwiini * min ahdi kun fayakun yaa ghoroomi.

أيا من جائناحقا نذير* مغيثامسبلا سبل الرشاد.

Ayyaa man jaa anaa haqqon nadziiri mughiitsan musbilaan subularrosyaadi.

رسول الله ياضاوي الجبين* ويامن جاءبالحق المبين.

Rosulallaahi yaa dhoowiljabiini * wa yaa man jaa a bil haqqil mubiini.

صلاةلم تزل تتليعليك* معطارالنسيم تهدي إليك

Sholaatullam tazal tutlaa alayka mi thoorin nasiimi tuhdaa ilayka.



Maknanya :

Shalawat serta salam ku persembahkan kepada mu wahai kekasih ku
Sebagai bukti keteguhan ku,wahai Nabi saw (kekasih ku)
Engkaulah sebenar2nya pemberi peringatan pada masa mu
Wahai kekasih ku,wahai Rasulullah saw yang bercahaya wajahnya penunjuk jalan kebenaran

Tak lekang sholawat tercurah pada mu wahai pembawa kebenaran,laksana hembusan angin yang kencang.

blog berselawat..!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikum...
insyaAllah N alhamdulillah sihat semuanya. sebelum meneruskan kata, elok rasanya aku mulakan dengan berselawat ke atas kekasih Allah SWT iaitu nabi Muhammad saw, Rasul junjungan..!


"Allahumasoli'ala Muhammad wa 'alaa ali Muhummad, kamaa salaita'alaa Ibrahim wa 'ala ali Ibrahim,Wa bareek 'ala Muhammad wa ali Muhammad, Kama barakta Ibrahim wa 'ali Ibrahim, fil'alamiin innakahameeddom majeed"


"Ya Allah! Anugerahkanlah Kesejahteraan atas Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah anugerahkan kesejahteraan ke atas Ibrahim dan keluarga Ibrahim dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana yang Engkau telah berkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim. sesungguhnya Engkau Maha terpuji dan Maha Tinggi"

aku tak nak banyak merapu meraban kat entry kali nie. so, straight to the point, k. as yang korang tahu, 12 Rabiul Awal 1433 Hijrah, hari nie, merupakan ulangtahun kelahiran Rasulullah saw.Rasanya, antara banyak-banyak tahun selama hampir 20 tahun aku hidup menumpang di atas muka bumi Allah SWT yang luas nie, rasanya, sambutan maulidur Rasul kali ini amat bermakna dalam kamus hidup aku sebagai umat Rasulullah. Betapa kurangnya penghayatan aku sebelum ini. amat rugi rasanya. sungguh ! amat terhiris dan sedih rasanya. banyangkan, hampir 20 tahun aku di beri nikmat menyedut gas yang bernama oksigen untuk meneruskan sebuah yang bernama kehidupan, begitu banyak sekali kekhilafan dan kejahilan aku sendiri dalam menghayati dan mengenal manusia sempurna yang pernah wujud di muka bumi ini. astarghfirullah.
seperti biasa, sempena sambutan maulidur Rasul, terdapat begitu banyak sekali program yang dianjurkan. namun, sejauh manakan keberkesanan sesebuah program yang dianjurkan terhadap jiwa makhluk yang bernama manusia?.. ok, abaikan dahulu soalan itu. yang penting, masih ada pihak yang mampu dan mahu menganjurkan pelbagai program untuk mengingati Rasulullah. semoga ianya tidak sia-sia dan di pandang oleh Allah SWT dan juga kekasihnya, Rasulullah saw. suka untuk aku kongikan beberapa video yang aku rasakan begitu bermanfaat untuk aku dan barangkali juga untuk kalian. sama-samalah menghayati dan berselawat ke atas Rasul junjungan, nabi Muhammad saw. 



ya Rasulullah, kami merinduimu. layakkah aku untuk bertemu denganmu ya Rasulullah?..


ya Allah ! Betapa sayangnya Rasulullah kepada kita (ummatnya). sehingga ke hujung nyawapun, baginda masih memikirkan kita. bagaimana pula dengan kita?


jom berselawat..!

jom berselawat..!

jom berselawat..!

actually, 3 video berselawat versi Raihan nie, ade kat track aku (kat sebelah kanan nih..!*tik-tik-tik~sambil jari menunjuk ke sebelah kanan nie..hihi*background sound)

p/s: mungkin penyusunan kata dan perkataan dan penceritaan aku kat entry nie, agak berterabur bersepah, tapi, main poinnye jom lah sama-sama kita menghayati islam dan mengenal insan terpilih yang sempurnanya diakui, iaitu Rasulullah saw dengan lebih details agar bertambah kecintaan kita kepadanya. then, pasal video berselawat tu, aku suke versi selawat dari kumpulan raihan, so, aku masukkan video kumpulan dyerang je. kalo korang tak berape berkenan, korang bukak tab baru, p taip selawat/berselawat and search. nak search kat youtube lagi senang. korang carik la versi ape yang korang nak, k..hmm...jangan mase maulidur Rasul jek nak berselawat. praktikalkan, hari-hari, tau..! kata sayang Rasulullah.! insyaAllah, sama-sama kita praktikalkan.
blog berselawat..! jom berselawat wahai sahabat sedunia belogku..^_^

akhir kata dari perindu cinta Allah dan Rasulullah;

Assalamualaikum..



bersyukurlah...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...






Assalamualaikum..
Alhamdulillah, masih diberi nikmat nyawa, kesihatan, islam dan juga iman..insyaAllah..
bersyukurlah kalian..sebenarnya, tidak ada satupun yang ada didunia ini adalah milik kita..!sebab, semuanya adalah milik dan datang dari

ALLAH SWT(الله)
 yang mutlak, bahkah roh dan jasad kitapun, bukan milik kita. tapi, hanya ada SATU sahaja yang di dunia ini yang milik kita, yang bukan datang dari
ALLAH SWT(الله)

iaitu, DOSA KITA..


Surah Faatir. Ayat 034.
Dan (sebagai bersyukur) berkatalah mereka: Segala puji tertentu bagi Allah, yang telah menghapuskan perasaan dukacita dari kami; Sesungguhnya Tuhan kami Maha Pengampun, lagi sentiasa memberi balasan yang sebaik-baiknya (kepada orang-orang yang taat);


Surah AlBaqarah. Ayat 152.
Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu)




namun, sedikt sahaja manusia yang bersyukur;





Surah AlMu’minun. Ayat 078.
Dan Dialah jua yang mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur; tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur





Surah AlMulk. Ayat 023.
Katakanlah (wahai Muhammad): Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.


Surah AlA’raaf. Ayat 010.
Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.


Surah Al‘Aadiyaat. Ayat 006.
Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur akan nikmat Tuhannya.



layakkah kita yang hanya bertaraf HAMBA kepada ALLAH SWT(الله), untuk tidak bersyukur atas segala limpahan serta kurniaan nikmat yang telah DIA berikan kepada kita?



Surah Yaasin. Ayat 035.
Supaya mereka makan dari buah-buahannya dan dari apa yang dikerjakan oleh tangan mereka; maka patutkah mereka tidak bersyukur?


ayat-ayat cinta dari-NYA,
copy N paste dari sini..

KHAS untuk diri sendiri..!

kenapa

Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Penyayang..

~pic nie, memang x de pon kaitannye dengan entry nih..hehe..


Assalamualaikum, kalian...
Alhamdulillah, nikmat yang tidak pernah putus-putus dan sentiasa dikurniakan buat hamba-Nya..
kenapa tahap kebaikkan dan jua ke'alim'an sesorang dipersoalkan saat lontaran berbau teguran ataupun nasihat dikeluarkan?..
boleh jadi teguran itu datangnya daripada yang Maha Pencipta melalui orang yang menegur
tika menerima sebarang kata-kata yang berbau teguran mahupun nasihat, eloklah jika dihadam dahulu kata-kata itu untuk kebaikkan diri sendiri dan juga orang lain
sebelum kita mengukur tahap kebaikkan dan juga ke'alim'an sang penegur itu..!
biar bagaimana rupa dan gaya sekalipun orang yang menegur, insyaAllah, pasti ada kebaikkan untuk diri kita..
bersyukurlah, masih ada orang yang menyayangi diri kita dengan mengingatkan dan menegur kesalahan kita..

oleh itu,
kalian terimalah kata-kata dan coretan yang berbentuk nasihat, teguran, ataupun segala bentuk penulisan yang terdapat pada blog ini hari ini, sebelum ini dan juga yang akan datang dengan hati yang terbuka, malahan jika kalian mengambilnya sebagai pengajaran dan tauladan dan juga kata nasihat, syukran..
tetapi..
janganlah dipersoal tahap kebaikkan dan keilmuan diri yang sedia khilaf lagi hina ini untuk untuk kalian menghadam informasi di sini,
kerana, jika tahap kebaikkan diri ini yang diukur, pasti kalian kecewa, kerana diri ini bukanlah seorang yang baik mana di muka bumi Allah ini..
dan jika tahap keilmuan yang menjadi ukuran kalian, kalian juga pasti kecewa, kerana diri ini hanyalah cetek ilmu dunia, lagi cetek ilmu agamanya..
sekadar perkongsian dan buat tatapan diri ini sebagai peringatan dan inilah proses pembelajaran dan juga penghijrahan bagi diri ini..

'Bacalah...bacalah dengan nama Allah. Rendahkan hati dan diri anda. Perdulikan sama ada saya yang menulis ini baik atau jahat, jahil atau ilmuwan kerana jika anda tawaduk anda bukan sahaja boleh belajar daripada orang yang baik dan berilmu, tetapi juga daripada orang yang jahat dan dungu!'-PAHROL MOHD. JUOI-NOTA HATI SEORANG LELAKI

perlukah?



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..





perlukah mengejek atau menertawakan sesuatu perubahan yang menuju ke arah kebaikkan..
usah di ungkit kisah silam, usah di kenang masa lampau dan usah di fikirkan zaman hitam..
sememangnya fitrah manusia untuk menuju ke jalan-Nya..
sepatutnya bersyukurlah dan renunglah dan fikir-fikirkanlah bila pula masa kita akan tiba untuk mengorak langkah dan menuju perubahan itu...

rahsia hati

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..










kadang kala,
terdapat banyak perkara yang terdapat difikiran & juga hati
tetapi, tidak semuanya dapat dikeluarkan
samaada tidak tahu bagaimana hendak mengeluarkan mahupun sengaja tidak mahu mengeluarkan
terkadang ianya keluar dalam bentuk tulisan mahupun lisan
yang penuh dramatik pula, ada juga yang hanya mampu mengalir bersama-sama titisan mutiara tanpa apa-apa penjelasan
tetapi, empunya hati itu sendirilah yang mengetahuinya
terlalu pedih/sakit/pilu rasa hati jika ada yang tidak terluah
jangan kamu sempitkan keadaan diri sendiri
tadahlah tangan, maka luahkanlah segala-galanya kepadaNya
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala-galanya samaada secara terang-terangan mahupun yang tersembunyi
Allah Maha Mengetahui apa yang tersembunyi di dasar hati kita
janganlah kita menjadi malas untuk berdoa/meluahkan segala-galanya hanya dengan alasan Allah sudah

i have been proposed..!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...



Assalamualaikum, korang..
excited sangat nak update blog nih..hehe..nak share something yang sweet sangat-sangat...!
speechless..!
but, oppss..! bukan aku yang d proposed,ok..! i'm still single mingle,k..huhu...insyaAllah..
actually, pagi tadi, mase class, bestfriend aku cite r pasal satu video nih..
katenye, sweet sangat2..excited kot bile dengar dye citer..dalam hati dah memberontak, dah..~ nak tengok, nak tengok..!=D
class business communication, kot..sir plak, ade meeting jap..disuruhnye kiterang wat discussion..
tapi, nawaitu dah melencong, dah bila tengok laptop depan mata..hihi
so, amik kesempatan la nak tengok videonye..hihi..
YUP...!..sweet sangat2..nak tahu video ape?...tengok r kat bawah nih..!




so?..dah tengok?..caner?..
~sweetkan?..kan?kan?~

as a girl, in my personal view, wah..! berani mati lah lelaki tuh..! susah kot nak carik lelaki yang berani macam tu..suke je, terus jumpe parent that girl..nampak keikhlasan n ketelusan n kesungguhannye yang betul-betul, kan..wah..memang lucky girl la..

"couple after akad is much n more better awesome and full with barakah"

after watching this video, my beloved bestfriend and i make some conclusion or some issues about teenager and love nowadays; ( versi guy yg suke girl,ok..kalo girl yang suke guy plak, wallahu'alam..rase macam pelik plak kalo nak suruh girl tu p jumpe parent guy tu,kan?..hehe..actually, boleh je kot, kalo girl tu betul-betul berani...=D..pandai2 la ye..asalkan x bertentangan dengan syarak,ok..)

- biasenye lelaki akan luah perasaan hati dyerang melalui message or talk directly to the girl 
- lepas luah perasaan, mesti buat macam-macam tok menarik perhatian or tok menambat hati si dara/gadis pujaan.. 
- after dah dapat tambat/cairkan hati girl tu, ajak couple....!
- bila dah couple, sume bende nak wat together-gether..
- jalan pun dah macam belangkas, hp, inboxnye, kalo dulu penoh dengan mesej dari family n friends, tapi dah penuh dengan mesej dari SAYANG AYANGnye..

WHY NOT:

- kalo hati dah betul-betul suke/love tu, jumpe parent that girl, then berbaik-baik dengan familynye..

just our ( my beloved best friend and i) opinions..
'pilihan family, insyaAllah, pilihan yang terbaik..'
' redha Allah, terletak pada keredhaan ibubapa pada kita'

tipu lah, kalo korang tak touched bile tengok video nih..kan..
aku punye ego yang meninggi tahap langit ke-7 pun boleh jatuh kedebak ke atas langit ke-1..hihi..
bukannye nak jiwang2, k..just speechless and proud with the way he proposed that lucky girl..

to girls..mesti korang nak d propose macam tu,kan?...hihi
-aku doakan tok korang,k..insyaAllah..-

actually, aku bukanlah terexcited n proud dengan pic yang lelaki tu buat semata-mata, but the way he proposed, dye jumpe parent girl tu first...then, after that, baru he did that pics, rite?..

mybeloved best friend cakap;
"insyaAllah, nanti, kite pun akan d propose dengan cara yang lebih baik dari tu.."
hehe...berangan lah tu..haha..papepon, aku tetap akan doakan yang terbaik buat best friends aku..hihi..insyaAllah, impian korang akan tercapai n d propose oleh muslim yang soleh 1 day nanti..ameen..
-baikkan aku, doakan tok korang?..hehe

may Allah SWT bless them alwayz..( Dena & Ariff )

2 cara nak dapat jodoh yang baik( tak ingat sumbernye)

1 ) baikkan diri, insyaAllah, dapat jodoh yang baik
2 ) ikut pilihan orang yang baik ( parent, or sape2 yang baik,lah..) insyaAllah, orang yang baik pasti akan pilih orang yang baik-baik jugak,kan..

dalam kegelapan malam, terkapai-kapai aku meronda-ronda di alam maya nih..
tetibe terjumpe blog Dena
link
http://denakamarulbahrin.blogspot.com/

actually, aku jumpe kat blog nie..secara x langsung, syukran, ye..
http://jarijariaku.blogspot.com/2011/12/jodoh-pilihan-keluarga-sweet-video.html

akhir kata, Assalamualaikum..

"to growth, must CHANGE first"

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

~ surah Ali-Imran ayat 8..bagus jika/untuk diamalkan setiap hari..

Assalamualaikum..
last entry, i'hv decided to close my blog. but, bila fikir balik, banyak benda yang aku nak share actually.
cuma kekangan masa jek yang slalu menjadi penghalang.
yup. itulah kelemahan aku dalam menguruskan kehidupan seharian.
time management..! yeah..! aku hanya manusia biasa yang sering terleka dan lalai.
i need some time to change.
" to growth, need to change first"-istilah dalam 'malaysian economic' dan aku nak kaitkan nya dalam hidup seharian sebagai seorang muslim.
betapa pentingnya "perubahan" dalam diri dalam menuju kejayaan dan untuk berjaya samaada di dunia mahupun di akhirat.
berkali-kali bermuhasabah namun, kadang-kala termakan juga dek hasutan syaitan yang tidak putus asa dan sentiasa mencari ruang dalam menyesatkan manusia agar leka dan lalai atau menunggalkan terus dari
mentaati ajaran Allah SWT dan terus terhumban ke jalan yang dimurkai Allah SWT.
MasyaAllah..! keji dan hinanya diri ini dalam melaksanakan dan mentaati perintah-Mu.
iman di hati umpana tisu yang mudah koyak dan rapuh pabila dibasahi/terkena air..

"hati manusia mudah berbolak-balik daripada isi periuk yang menggeledak.
hati adalah yang paling susah untuk dijaga. penerimaan sesuatu amalan pun, berdasarkan niat. niat pula bermula dari hati. Jeneral-jeneral syaitan memang tugasnya adalah untuk mengganggu kita. selebihnya terpulang kepada kita sama ada nak ikut yang betul atau sebaliknya"

kata-kata seorang muslimah yang aku hormati suatu ketika..Astaghfirullah..!

"selagi rasa bersalah dan berdosa dan rasa sesuatu yang tak betul telah dilakukan wujud dalam diri dan hati, bersyukurlah sebab sebenarnya masih ada iman dalam diri kita.."

SubhanAllah..betapa luasnya kasih sayang Allah SWT kepada makhluknya, kasih sayang-Nya mendahului kemurkaan-Nya..

"CHANGE" -MUST
"GROWTH" -HAVE

untuk berubah, memang memakan masa dan memerlukan banyak pengorbanan. haruslah jangan mudah melatah dan bersabar.

muhasabah untuk renungan dan peringatan diri sendiri. jika ianya bermanfaat buat kalian, maka inilah perkongsian dari diri ini buat kalian yang memerlukan. diri yang penuh hina dan lalai.

         

-close-

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

assalamualaikum..
close?..
i decide to close this blog..

hadirlah..



Karya ku terhenti
Banyak yang telah ku lalui
Banyak juga yang aku harungi
Tiada tempat untuk merintih
Hanya padaNya aku setia bercerita
Teringat masa silam yang penuh hitam
Menangislah hati merintih kasih
Suram sepi senja ini
Bertemankan zikirullah dan kata-kata taubat
Kini aku ingin mencari diri
ku fikir sebulan dua
Namun ternyata bertahun-tahun sudah  lamanya
Diri masih banyak khilaf dan salah
Ilmu hanya sejengkal sahaja
Ingin menhayati
Namun hati sering berbicara
Diri pula memberontak hijrah
Hijrah yang sebenar-benarnya yang aku inginkan
Bilakah....??
Datanglah pembimbing ke jalan benar
Agar jiwa ku tidak merana
Ingin ku cuba mencintaiMu sebenar-benarnya
Hati merintih sayu
Kekurangan baja dan air hujan
Takut layu dan kering kontang
ku mencari di dalam kesamar
Hadirlah wahai pejuang
Ingin ku berjuang bersama-sama
Bimbinglah aku 
untuk melabuhkan cinta padaNya yang Abadi 
dan Hakiki
Itu sahaja yang aku pinta
Hadirlah.....

kasih sayang VS dosa




Layakkah aku untuk menidakkan segala suruhanNya
Sedangkan sudah terlalu banyak yang telah Dia berikan kepadaku
Layakkah aku untuk mengecewakanNya
Setelah segala-galanya Dia beri padaku dengan percuma
Layakkah aku mempertikaikan kekuasaanNya
Sedangkan aku juga ciptaanNya
Layakkah aku hidup
Jika hanya untuk membuat kerosakkan dan melanggar perintahNya
Namun
Aku hanya manusia biasa
Yang berfitrahkan dosa
Aku juga insan yang sering lupa
Pada YANG MAHA PENCIPTA
Aku juga sering terleka
Dengan kehebatan dunia
Aku juga khilaf
Aku juga pendosa
Aku juga berdosa
Aku juga pelaku dosa
Aku juga melakukan dosa
Aku juga penuh dengan dosa
Aku tidak menutup aurat
Malah berbangga dengan kecantikkanku
Aku tidak bersolat
Malah aku berbangga dengan bersiar-siar tanpa memperdulikan seruan azan
Aku tidak berpuasa
Malah aku berbangga dengan setiap hidangan makanan aku
Tetapi
Engkau masih terus dan terus memberikan segalanya dengan percuma kepadaku
Engkau terus memberi kemewahan kepadaku
Engkau terus memberi kesihatan kepadaku
Engkau terus memberi nikmat kepada aku
Engkau terus memberi NYAWA kepadaku
Walaupun aku telah melupakanMu
Mengapa?????
Sedangkan aku lupa
Lupa kepadaMu
Ianya
Kerana
KASIH SAYANG
Kasih sayang Allah SWT mendahului kemungkaranNya
Betapa luasnya kasih sayangMu
Sanggup mengutip aku dari lembah hina
Sanggup memberi peluang kepada aku untuk berubah
Sanggup juga mengampunkan dosa-dosa aku yang bergunung-gunung banyaknya

cinta itu fitrah..!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..



ikut fitrah jadi indah
langgar fitrah jadi Bida'ah
betul caranya jadi sunnah
salah langkah jadi fitnah

Assalamualaikum..
bila hendak berbicara soal cinta, pasti ianya mampu menarik minat sesiapa sahaja..
kerana ianya merupakan fitrah manusia..
kata-kata pembuka di atas ialah saya petik dari "slide show" seorang ustazah...
honestly, secara peribadi, aku tidak suka pabila mengenai "couple" dipersoalkan..
akan tetapi, dari kalangan sahabat handai, ianya adalah sesuatu yang normal dan mungkin harus bagi insan yang bergelar mahasiswa mahasiswi..
mahu atau tidak, kisah-kisah cinta mereka secara langsung dan tidak langsung, sering diperdengarkan di telingaku..
sebagai sahabat, aku harus profesional dan tidak mudah melatah dengan masalah sosial yang sebenarnya mendatangi meraka tanpa mereka sedari.wallahu'alam..
pertama sekali, tujuan penulisanku kali ini hanyalah untuk memberi kesedaran kepada diri sendiri agar berhati-hati dalam menjalani kehidupan yang penuh kejutan ini..
dan juga, mungkin penulisan ini bermanfaat untuk pembaca yang singgah di sini..insyaAllah..^_^

xxxxxxxxxxxxxxxx

"couple islamik" merupakan isu yang hangat dikalangan remaja kini..
sebelum itu, aku bukanlah layak untuk mengulas isu ini,..
akan tetapi, dengan niat untuk berkongsi sedikit pengetahuan tentang perkara ini
malah, aku berharap ada dikalangan kalian boleh menegur dengan baik jika terdapat kesalahan di dalam penulisanku ini..
peganganku, "no couple before akad"....yeah..!..
pada pandangan peribadi, couple sebelum akad adalah tidak boleh dan insyaAllah, akan ku tolak dan jua tentang habis-habisan..
kadang kala, diri ini jua diselubungi sedikit resah dengan peganganku..
keluargaku yang hanya sedarhana ilmu agamanya, mampukah aku nak teruskan ataupun merealisasikan pegangan itu, iaitu, berkahwin tanpa bercinta terlebih dahulu.
dan yang membingungkan ku juga, mampukah aku menjumpai seorang lelaki yang akan menjadi "suami" ku, yang selari dengan peganganku itu..
sudah tentu aku tidak tahu/dapat mengenali dirinya dengan lebih dekat/tahu budi bahasanya..
dan pabila berkahwin, dia bukanlah sesuai dengan diri ku/tidak bersefahaman..
wah..!, begitu jauh pemikiran ku..stop..
agaknya, pada usia ini, masih terlalu muda untuk aku memikirkan persoalan itu..
kembali kepada penceritaan,
untuk tidak berburuk sangka, 
malah Allah SWT tidak suka orang yang berburuk sangka, 
apatah lagi berburuk sangka dengan "jodoh"..
bukankah jodoh sudah ditentukan oleh-Nya..
oleh itu,aku mengambil jalan tengah untuk tidak mengendahkan persoalan-persoalan itu.
aku hanya mampu berdoa supaya dijodohkan dengan orang yang mampu membimbingku kejalan-Nya, 
yang mampu menambah kecintaan/kerinduanku kepada-Nya dan juga Rasul-Nya..ameen..
namun, selepas menghadiri usrah yang kecil dan dalam arti kata lain,majlis ilmu atau ceramah mengenai "couple dalam islam" oleh seorang ustazah, di kampusku..
dan apa yang di sampaikan oleh ustazah itu, cukup mengejutkan aku serta rakan-rakanku yang lain..
di dalam usrah itu juga, kami di perdengarkan olehnya tentang
"cinta itu boleh sebelum berkahwin, asalkan TIDAK MENGIKUT HAWA NAFSU"
untuk menyokong kenyataan di atas, disertakan sepotong ayat al-Quran;


"Dan sungguh, perempuan itu telah berkehendak kepadanya(Yusuf).Dan Yusuf pun berkehendak kepadanya, sekiranya dia tidak melihat tanda(dari) Tuhannya.Demikianlah, kami palingkan darinya keburukan dan kekejian.Sungguh,dia(Yusuf) termasuk hamba yang terpilih"(Yusuf:24)


surah Yusuf ayat 24, menceritakan kisah nabi Yusuf dengan Siti Zulaikha..

kata-kata lain yang ingin saya kongsikan disini iaitu hasil dari usrah bersama ustazah itu ialah;

"kalau kamu cintakan dia, maka lepaskanlah.Jika benar dia jodoh kamu, insyaAllah dia akan kembali kepada kamu"

"cinta itu nikmat tapi AWAS"

dan, berdasarkan usrah yang dikuti itu, ingin sekali aku kongsikan, bercinta sebelum berkahwin boleh asalkan TIDAK MENGIKUT HAWA NAFSU.
ini kerana unuk mengenali keluarganya.
INGAT...!
batas pergaulan antara lelaki dengan perempuan seharusnya dititik beratkan..

"berhubungan HANYA jika perlu"

yang paling penting ialah "SIMPAN NIKMAT CINTA UNTUK SELEPAS BERKAHWIN"

selain itu juga sukanya untuk aku nyatakan bahawa janganlah terlalu obses dengan cinta dunia...
namun, suka juga untuk aku katakan bahawa kehidupan ini semuanya tentang "cinta"..
cinta kepada Allah SWT
cinta kepada Rasul-Nya
cinta kepada Ibubapa
cinta kepada Sahabat
cinta kepada Saudara
cinta kepada Alam
cinta Dunia
jika hendak disenaraikan
terlalu banyak perkara yang mampu kita catatkan perihal cinta
terpulanglah kepada kita sendiri unutk memilah yang mana satu CINTA YANG UTAMA bagi kita...
janganlah kalian bersalah sangka dengan penulisan ini, bukanlah ertinya untuk menggalakkan kalian untuk bercinta-cintun, akan tetapi, sekadar perkongsian ilmu mengenainya.
yakinlah dengan jodoh kita..sesungguhnya jodoh kita telahpun ditetapkan..cuma lambat atau cepat sahaja..
sebelum mengundur diri, diharap sangat kalian yang lebih ahli dalam bidang ini untuk memberi teguran yang membina untuk penulisan kali ini.
supaya dengan teguran membina kalian, mampulah aku unutk membaiki penulisan di masa dan topik yang lain..
akhir kata, ingin aku selitkan satu kata-kata yang ku petik dari ustazah itu,

"kalau kamu ingin mengenali/melihat peribadi kamu, lihatlah peribadi diri orang yang kamu cenderung unutk jatuh cinta"

bukankah sudah dinyatakan di dalam surah An-Nur ayat 26

Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)

akhir kata, assalamualaikum....