bismillah......

KoTak H❤Ti-since 26 february 2010
Super Happy Smiley

Resepi sambal bilis simple & sedap

Assalamu'alaikum wbt...

lama nau tak update blog. masih ada ka yang folow blog ceq ni. haha πŸ˜‚

ceq nak share resepi simple tapi sedap ngatt..
favourite bapak ceq tau. kena restock lekaih lekaihh kalau dah habis. haha. bukan pak ceq ja yang suka, sekali ngan kawan-kawan ceq masa dok rumah sewa dulu pun dok suka sangaat sambal ni. Yang tetamu mai rumah ceq pulak(masa dok jemput ajak makan-makan, masa open house raya-jadikan sambal laksa sarawak) , siap mintak resepi lagi. ceq okay ja, memang bagi ja resepi. sambal ni, kalau makan ngan nasi putih panas panass nii, memang bertambah-tambah la cita dia.

Bahan-bahan

1. Cili kering (rendam dalam air panas dulu dalam 5 minit camtu)

2. Belacan (bakar dulu. tak nak, tak yahπŸ˜‰)

3. Ikan bilis (cuci la dulu ye - hygienic purpose 😎)

4. Minyak untuk menggoreng

*semua takdak sukatan tau. ceq ikut suka ja. so, pepandai la ye adjust.
kalau nak pedas, buh la cili kering tu banyak banyak.
balacan pulak kalau tak suke, buh sikit ja. tapi kalau memang hantu belacan, buh ja banyak banyak.
bilis pulak, alahai..ikut tekak yang nak makan la naa. kalau suka, buh banyak kalau tak suka buh sikit ja.
tapi, bilis & belacan akan mempengaruhi rasa ke'masin'an sambal tu. sebab ceq memang tak bubuh garam taupun 'perasa makanan'. memang rasa pure.

1st
blend guna blender -cili kering + belacan + sedikit air untuk senang nak blend.
in case, kalau takdak blender, boleh ja tumbuk guna lesung batu ye.

2nd
lepas tu masukkan bilis, then blend lagi.
haa, yang bilis ni, tak yah blend lelama, or halus2. just press button blender tu 3-4 kali mcm tu ja (jangan la sekali hang tekan button tu lelama sangat, sat g jadi bubur terusπŸ˜‚)

3rd
kuali mana kuali?πŸ˜‚ ha, buh minyak dalam kuali, api sederhana. tak yah la meriah sangat minyak nya ye. nanti berminyak sangat sangat. agak agak ja.
tunggu minyak panas dulu, baru masukkan bahan bahan yang kita blend tadi. kena sentiasa kacau kacau ye. kena bercinta duluπŸ˜‚. kacau kacau sampai garing then siap!😎

nah kat bawah ni ceq susun gambar ye. in case tak paham apayang ceq bebelkan.πŸ˜‚πŸ˜…

*alahai..nak masukkan gambar pun kena bercinta dulu dengan line, loading....hmm...tak nak la bercinta-cinta dulu.πŸ˜‘πŸ˜§πŸ˜₯ esok esok la ye. ada masa nanti ceq edit post ni & upload kat sini. moga-moga ceq tak lupa terus nak upload..πŸ˜‚πŸ˜‚



Resipi Oreo Cheese Cake Sedap Simple Senang

Assalamualaikum wbt..
Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad..

OREO CHEESE CAKE
(1 adunan boleh cecah 1.5kg)

Oreo base
*(sediakan yang ini dulu,k)
110 gram butter
200 gram biskut Oreo(dibuang intinya)

hancurkan biskut Oreo (tak yah guna blend sbb nanti hancur sangat)
cairkan butter di atas api dapur or masukkan dalam macrowave
then, masukkan butter yang dah cair tadi ke dalam bekas berisi biskut oreo yang dh di tumbuk tadi.
lepas tu masukkan ke dalam loyang. tekan-tekan kan bagi padat..then ketepikan.



Cheese Cake
500 gram cream cheese (tatura)
30   gram butter
120 gram gula halus (gula aising)
30   gram tepung jagung
1     tsp    esen vanilla
200 ml    whipping cream
4     biji   telur (gred A/Lsize/kalau telur kecik, buh 5 biji)

mix kan semua bahan2 tu sampai sebati. dalam 3 - 5 minit.
then, tuangkan ke dalam loyang yang tadi (yg kita buh biskut kat base dia tadi)



**bakar secara WATERBATH-buh AIR PANAS kat dalam dulang alas loyang cake tuu
**bakar dalam 1jam, 160 ke 170 darjah selsius -ikut oven masing2..hangpa kenai oven hangpa..ceq biasa buh 190 sbb oven ceq slow..^^

dah masak tu biarkan sat dalam oven..pintu oven tu biarkan terbuka dalam 5 ke 10 ke 15 minit..
lepas tu sejukkan dalam freezer dulu..at least 3 jam nak bagi texture dia cantik

untuk topping pulak, ikut hangpa la nah taruk apa..
ceq biasa buh chocolate ganache..tak pun, buh blueberry filling or jem..


All the best!!
in shaa Allah menjadi..
Bismillah naa.. 
selawat banyak2..^_^




Hati takut hati


Pernah tak kau buat keputusan untuk pergi
Dalam keadaan terasa hati
Masa tu
Terasa keputusan itu lah yang paling tepat
Lepas tu
Bila dah ok
Kau menyesal
Tapi sebab dah 'ter'buat keputusan
Kau jadi terpaksa pergi
Lepas tu kau tak rela

Lepas tu orang tu bagi kau peluang kedua
Tapi kau tak tahu nak buat apa

Mula tu nk pergi sebab hati
Lepas tu ada orang cakap
Jangan ikut hati sangat

Bila dah dapat peluang kedua tu
Hati kau kuat sangat nak kembali
Tapi bila ingat
Jangan ikut hati sangat

Aku tak faham

Ikut hati sangat lah yang buat aku nak pergi
Dan aku pergi

Ikut hati sangat lah yang buat aku nak kembali
Dan aku keliru

Nak ikut hati ke tak nak?

Aku terus membisu
Walaupun hati meronta nak kembali

Tapi...
Yang aku takut cuma satu
Hati aku

Takut jatuh hati
:'(

-yuy0-