bismillah......

KoTak H❤Ti-since 26 february 2010
Super Happy Smiley

Resipi Oreo Cheese Cake Sedap Simple Senang

Assalamualaikum wbt..
Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad..

OREO CHEESE CAKE
(1 adunan boleh cecah 1.5kg)

Oreo base
*(sediakan yang ini dulu,k)
110 gram butter
200 gram biskut Oreo(dibuang intinya)

hancurkan biskut Oreo (tak yah guna blend sbb nanti hancur sangat)
cairkan butter di atas api dapur or masukkan dalam macrowave
then, masukkan butter yang dah cair tadi ke dalam bekas berisi biskut oreo yang dh di tumbuk tadi.
lepas tu masukkan ke dalam loyang. tekan-tekan kan bagi padat..then ketepikan.



Cheese Cake
500 gram cream cheese (tatura)
30   gram butter
120 gram gula halus (gula aising)
30   gram tepung jagung
1     tsp    esen vanilla
200 ml    whipping cream
4     biji   telur (gred A/Lsize/kalau telur kecik, buh 5 biji)

mix kan semua bahan2 tu sampai sebati. dalam 3 - 5 minit.
then, tuangkan ke dalam loyang yang tadi (yg kita buh biskut kat base dia tadi)



**bakar secara WATERBATH-buh AIR PANAS kat dalam dulang alas loyang cake tuu
**bakar dalam 1jam, 160 ke 170 darjah selsius -ikut oven masing2..hangpa kenai oven hangpa..ceq biasa buh 190 sbb oven ceq slow..^^

dah masak tu biarkan sat dalam oven..pintu oven tu biarkan terbuka dalam 5 ke 10 ke 15 minit..
lepas tu sejukkan dalam freezer dulu..at least 3 jam nak bagi texture dia cantik

untuk topping pulak, ikut hangpa la nah taruk apa..
ceq biasa buh chocolate ganache..tak pun, buh blueberry filling or jem..


All the best!!
in shaa Allah menjadi..
Bismillah naa.. 
selawat banyak2..^_^




Hati takut hati


Pernah tak kau buat keputusan untuk pergi
Dalam keadaan terasa hati
Masa tu
Terasa keputusan itu lah yang paling tepat
Lepas tu
Bila dah ok
Kau menyesal
Tapi sebab dah 'ter'buat keputusan
Kau jadi terpaksa pergi
Lepas tu kau tak rela

Lepas tu orang tu bagi kau peluang kedua
Tapi kau tak tahu nak buat apa

Mula tu nk pergi sebab hati
Lepas tu ada orang cakap
Jangan ikut hati sangat

Bila dah dapat peluang kedua tu
Hati kau kuat sangat nak kembali
Tapi bila ingat
Jangan ikut hati sangat

Aku tak faham

Ikut hati sangat lah yang buat aku nak pergi
Dan aku pergi

Ikut hati sangat lah yang buat aku nak kembali
Dan aku keliru

Nak ikut hati ke tak nak?

Aku terus membisu
Walaupun hati meronta nak kembali

Tapi...
Yang aku takut cuma satu
Hati aku

Takut jatuh hati
:'(

-yuy0-

Aku pergi tak nak muncul lagi

Hati..

Tolong la jangan jatuh hatii...
Tolong ye...

Aku tak mampu nak layan hati ni...
Aku jadi kekok sebab tak pernah jatuh hati...

Jangan la jatuh hati padanya
Yang dah jauh di mata
Yang kau tak jangka kau akan jatuh hati padanya
Yang kau sedari dari awal lagi
Yang Paling kau takut untuk jatuh hati

Aku pergi kerana ikut kata hati
Aku tak nak muncul lagi
kerana tak nak ikut kata hati

Aku tau aku akan terluka kalau kembali
Terluka sendiri
Aku tak mampu

Tolong la jaga hati betul betul
Dia pun belum tentu jodoh kau
Biar la
Jangan di layan hati

-yuy0-







Tak faham diri sendiri:'(

So sorry, I Cannot Meet Your Expectations ... It hurts me because that's not what I am trying to show them...

Hati vs perempuan



"Perempuan kan..cepat je terasa.."

"Hati"

"Tak..sbb perempuan..perempuan complicated"

"Hati laa..."

"Perempuan lembut hati.. "

"Dah nama pun hati, bukan nya kaki"

"Tau tak peribahasa ni..Ikut hatiii....."

"Tauu..."
Terus sambung dlm hati
ikut hati mati
Ikut rasa binasa

"Habis tuu"

"Hati kann....hmm"

"Haaa...ikut la sangat hati tu...!"

"Krikkrikkrik"
:'(

Al-fatihah utk hati sendiri :'(

Kun anta

Kenapa kena berubah
Bila dah jumpa orang lain
Nampak sangat
Yang aku tak penting

Kalau dah tak sayang pun
Cover cover la sikit..
Nampak sangat..

Jadi..
Akan nampak sangat jugak lah
Macam mana diri aku sekarang

Jangan salahkan aku
Kau yang mula kan..



Insecure..


Kehidupan berubah-ubah...
Tak ada jaminan pun untuk hari esok...
Hidup kah
Mati kah
Bahagia kah
Atau derita
Orang yang singgah dalam hidup kita pun bersilih ganti
Tak akan kekal
Tapi...
Air yang di cincang tak akan putus....
Depa la insan yang engkau jumpa dari mula2 celik mata......
Tapi...
Tak ada jaminan tak akan terpisah
Allah SWT sahaja lah yang Maha Kekal...

Ajar aku cintai Allah SWT...
Aku rindu Rasulullah S.A.W....

dan bila..

Dan
Bila semuanya dah tak macam dulu..
orang yang selalu ambil berat pasal engkau pun dah ada orang lain..
tak ada lagi bertanya kabar..
langsung tak ada..
sakitnya, hanya Allah sahaja yang tahu..
then,
bila semuanya dah tak macam dulu,
engkau pun mula mencari kehidupan lain..
mencuba membuka sedikit ruang hati..
tapi, takut untuk mencuba..
letih..dan
akhirnya,
engkaupun berserah saja pada takdir..
soalan dari manusia,
pandangan manusia,
tentang jodoh...
engkau mula iya kan saja..
biarlah..
aku penat menjawab..
biarlah..

bila semua dah tak macam dulu..
engkau cuba lari dari segalanya,
namun hakikatnya, masih dibelenggu..
terbayang saja saat semalam yang bahagia..
letih...
penat..
Allah, aku mahu bangkit..
mahu hidup dlam kehidupan yang sebenar
walaupun 
semua dah tak macam dulu lagi..
walaupun hakikatnya aku rindu..
tapi...
segala-galanya...tak akan kembali
sebab
semuanya dah tak macam dulu lagi..



Awkward nya..

Assalammu'alaikum wbt...
ehemm ehem....
Lama nya tak updated blog ni. Entah la, lately tetiba rasa mcm nk menulis (eh, menaip:)

Hmm...
awkward pulak...haha

Dah lama sangat dh tak ber'blogging' ni. Smpai dh habis study dah ni baru ada mood nk ber blogging balik..hee

Hmm...nk share something pasal life yg tak berapa nk awesome sepanjang ke'senyapan' berblogging ni(but still, osem la jugak..haha)

Alhamdulillah... akhirnya berjaya jugak habiskan degree ni (wlpn x tau lagi habis dgn cemerlang gemilang terbilang ke idok sbb result x kluar lagi..hee..but, hope so)

Final sem yg lepas, kiterang praktikal n Alhamdulillah berjaya habiskan praktikal dengan seronok ronoknya sampaikan nk sambung terus keje kat situ (in shaa Allah)..

Then, bila dah habis study ni..Umur pun dh 20++, family dok tanya2 bila nk habiskan zaman bujang pulak..hmm..(wlpn aku still mcm Kanak-kanak riang ria rebina-klo x caye, boleh mai tngok aku in real life, confirm korang pn akan tye aku "adik tingkatan brapa?"..Uhuk3..mmg sadis*tercekik garfu)

Eh, rasa nya tak lambat lagi nak wish "Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin"



Nanti la nk buat entry pasal "kamboh"nya raya tahun ni..haha
what is "kamboh"?
haha..wait for next entry^_^


Feeling..

"I hate u"
"I don't need u"
"I don't miss u"
"I don't need u"
"I don't miss u"
"I don't need u"
"I don't miss u"
"I don't need u"
~crying~

Trying to pretend....
but...

The truth.....

"I love u"
"I need u"
"I miss u"
"I need u"
"I miss u"
..................

"Please don't remove me from your life"
"Please don't ignore me"
"Please don't charge"
"Please don't keep quiet"
"Please talk to me"
"Please please please"