bismillah......

KoTak H❤Ti-since 26 february 2010
Super Happy Smiley

Resipi Oreo Cheese Cake Sedap Simple Senang

Assalamualaikum wbt..
Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad..

OREO CHEESE CAKE
(1 adunan boleh cecah 1.5kg)

Oreo base
*(sediakan yang ini dulu,k)
110 gram butter
200 gram biskut Oreo(dibuang intinya)

hancurkan biskut Oreo (tak yah guna blend sbb nanti hancur sangat)
cairkan butter di atas api dapur or masukkan dalam macrowave
then, masukkan butter yang dah cair tadi ke dalam bekas berisi biskut oreo yang dh di tumbuk tadi.
lepas tu masukkan ke dalam loyang. tekan-tekan kan bagi padat..then ketepikan.



Cheese Cake
500 gram cream cheese (tatura)
30   gram butter
120 gram gula halus (gula aising)
30   gram tepung jagung
1     tsp    esen vanilla
200 ml    whipping cream
4     biji   telur (gred A/Lsize/kalau telur kecik, buh 5 biji)

mix kan semua bahan2 tu sampai sebati. dalam 3 - 5 minit.
then, tuangkan ke dalam loyang yang tadi (yg kita buh biskut kat base dia tadi)



**bakar secara WATERBATH-buh AIR PANAS kat dalam dulang alas loyang cake tuu
**bakar dalam 1jam, 160 ke 170 darjah selsius -ikut oven masing2..hangpa kenai oven hangpa..ceq biasa buh 190 sbb oven ceq slow..^^

dah masak tu biarkan sat dalam oven..pintu oven tu biarkan terbuka dalam 5 ke 10 ke 15 minit..
lepas tu sejukkan dalam freezer dulu..at least 3 jam nak bagi texture dia cantik

untuk topping pulak, ikut hangpa la nah taruk apa..
ceq biasa buh chocolate ganache..tak pun, buh blueberry filling or jem..


All the best!!
in shaa Allah menjadi..
Bismillah naa.. 
selawat banyak2..^_^




Hati takut hati


Pernah tak kau buat keputusan untuk pergi
Dalam keadaan terasa hati
Masa tu
Terasa keputusan itu lah yang paling tepat
Lepas tu
Bila dah ok
Kau menyesal
Tapi sebab dah 'ter'buat keputusan
Kau jadi terpaksa pergi
Lepas tu kau tak rela

Lepas tu orang tu bagi kau peluang kedua
Tapi kau tak tahu nak buat apa

Mula tu nk pergi sebab hati
Lepas tu ada orang cakap
Jangan ikut hati sangat

Bila dah dapat peluang kedua tu
Hati kau kuat sangat nak kembali
Tapi bila ingat
Jangan ikut hati sangat

Aku tak faham

Ikut hati sangat lah yang buat aku nak pergi
Dan aku pergi

Ikut hati sangat lah yang buat aku nak kembali
Dan aku keliru

Nak ikut hati ke tak nak?

Aku terus membisu
Walaupun hati meronta nak kembali

Tapi...
Yang aku takut cuma satu
Hati aku

Takut jatuh hati
:'(

-yuy0-

Aku pergi tak nak muncul lagi

Hati..

Tolong la jangan jatuh hatii...
Tolong ye...

Aku tak mampu nak layan hati ni...
Aku jadi kekok sebab tak pernah jatuh hati...

Jangan la jatuh hati padanya
Yang dah jauh di mata
Yang kau tak jangka kau akan jatuh hati padanya
Yang kau sedari dari awal lagi
Yang Paling kau takut untuk jatuh hati

Aku pergi kerana ikut kata hati
Aku tak nak muncul lagi
kerana tak nak ikut kata hati

Aku tau aku akan terluka kalau kembali
Terluka sendiri
Aku tak mampu

Tolong la jaga hati betul betul
Dia pun belum tentu jodoh kau
Biar la
Jangan di layan hati

-yuy0-