bismillah......

KoTak H❤Ti-since 26 february 2010
Super Happy Smiley

jasad & rohani

ya Allah

rinduku pada-Mu
cintaku pada-Mu
terkadang hanya dihati

hati terdetik
jasad terkunci
godaan duniawi merasuk diri
rohani menuntut untuk di isi
tidak senada tidak seiring
itulah jasad dan roh bertelingkah dalam diri

perperangan hebat di dalam diri
jika jasad inginkan duniawi
rohani pula kering tak terisi
gelombang dosa sentiasa mendekati

kekuatan dibina dan dicari
bukan ditunggu dan dinanti
hidayah di pohon dan di cari
bukan juga di tunggu dan dinanti

taubat segera bersyukur sentiasa
berubahlah biar kerana Allah..

tetapkan hati
bersihkan jiwa
walau pahit
pasti tak kecewa


istiqomah payah
mujahadah perit
tapi, syurga jaminan menanti

idea mendatang
tangan menaip
mulut membaca
indahnya peraturan
enak juga dibaca dan didengar
namun
berat juga praktikal yang nyata


:::        ::::
ya Allah,
semoga bukan sekadar hiasan di barian bait-bait kata
biarlah ianya menjadi praktikal di dunia nyata
biar perit melaksana
agar berbekas dan terbiasa






No comments: