bismillah......

KoTak H❤Ti-since 26 february 2010
Super Happy Smiley

cinta itu fitrah..!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..



ikut fitrah jadi indah
langgar fitrah jadi Bida'ah
betul caranya jadi sunnah
salah langkah jadi fitnah

Assalamualaikum..
bila hendak berbicara soal cinta, pasti ianya mampu menarik minat sesiapa sahaja..
kerana ianya merupakan fitrah manusia..
kata-kata pembuka di atas ialah saya petik dari "slide show" seorang ustazah...
honestly, secara peribadi, aku tidak suka pabila mengenai "couple" dipersoalkan..
akan tetapi, dari kalangan sahabat handai, ianya adalah sesuatu yang normal dan mungkin harus bagi insan yang bergelar mahasiswa mahasiswi..
mahu atau tidak, kisah-kisah cinta mereka secara langsung dan tidak langsung, sering diperdengarkan di telingaku..
sebagai sahabat, aku harus profesional dan tidak mudah melatah dengan masalah sosial yang sebenarnya mendatangi meraka tanpa mereka sedari.wallahu'alam..
pertama sekali, tujuan penulisanku kali ini hanyalah untuk memberi kesedaran kepada diri sendiri agar berhati-hati dalam menjalani kehidupan yang penuh kejutan ini..
dan juga, mungkin penulisan ini bermanfaat untuk pembaca yang singgah di sini..insyaAllah..^_^

xxxxxxxxxxxxxxxx

"couple islamik" merupakan isu yang hangat dikalangan remaja kini..
sebelum itu, aku bukanlah layak untuk mengulas isu ini,..
akan tetapi, dengan niat untuk berkongsi sedikit pengetahuan tentang perkara ini
malah, aku berharap ada dikalangan kalian boleh menegur dengan baik jika terdapat kesalahan di dalam penulisanku ini..
peganganku, "no couple before akad"....yeah..!..
pada pandangan peribadi, couple sebelum akad adalah tidak boleh dan insyaAllah, akan ku tolak dan jua tentang habis-habisan..
kadang kala, diri ini jua diselubungi sedikit resah dengan peganganku..
keluargaku yang hanya sedarhana ilmu agamanya, mampukah aku nak teruskan ataupun merealisasikan pegangan itu, iaitu, berkahwin tanpa bercinta terlebih dahulu.
dan yang membingungkan ku juga, mampukah aku menjumpai seorang lelaki yang akan menjadi "suami" ku, yang selari dengan peganganku itu..
sudah tentu aku tidak tahu/dapat mengenali dirinya dengan lebih dekat/tahu budi bahasanya..
dan pabila berkahwin, dia bukanlah sesuai dengan diri ku/tidak bersefahaman..
wah..!, begitu jauh pemikiran ku..stop..
agaknya, pada usia ini, masih terlalu muda untuk aku memikirkan persoalan itu..
kembali kepada penceritaan,
untuk tidak berburuk sangka, 
malah Allah SWT tidak suka orang yang berburuk sangka, 
apatah lagi berburuk sangka dengan "jodoh"..
bukankah jodoh sudah ditentukan oleh-Nya..
oleh itu,aku mengambil jalan tengah untuk tidak mengendahkan persoalan-persoalan itu.
aku hanya mampu berdoa supaya dijodohkan dengan orang yang mampu membimbingku kejalan-Nya, 
yang mampu menambah kecintaan/kerinduanku kepada-Nya dan juga Rasul-Nya..ameen..
namun, selepas menghadiri usrah yang kecil dan dalam arti kata lain,majlis ilmu atau ceramah mengenai "couple dalam islam" oleh seorang ustazah, di kampusku..
dan apa yang di sampaikan oleh ustazah itu, cukup mengejutkan aku serta rakan-rakanku yang lain..
di dalam usrah itu juga, kami di perdengarkan olehnya tentang
"cinta itu boleh sebelum berkahwin, asalkan TIDAK MENGIKUT HAWA NAFSU"
untuk menyokong kenyataan di atas, disertakan sepotong ayat al-Quran;


"Dan sungguh, perempuan itu telah berkehendak kepadanya(Yusuf).Dan Yusuf pun berkehendak kepadanya, sekiranya dia tidak melihat tanda(dari) Tuhannya.Demikianlah, kami palingkan darinya keburukan dan kekejian.Sungguh,dia(Yusuf) termasuk hamba yang terpilih"(Yusuf:24)


surah Yusuf ayat 24, menceritakan kisah nabi Yusuf dengan Siti Zulaikha..

kata-kata lain yang ingin saya kongsikan disini iaitu hasil dari usrah bersama ustazah itu ialah;

"kalau kamu cintakan dia, maka lepaskanlah.Jika benar dia jodoh kamu, insyaAllah dia akan kembali kepada kamu"

"cinta itu nikmat tapi AWAS"

dan, berdasarkan usrah yang dikuti itu, ingin sekali aku kongsikan, bercinta sebelum berkahwin boleh asalkan TIDAK MENGIKUT HAWA NAFSU.
ini kerana unuk mengenali keluarganya.
INGAT...!
batas pergaulan antara lelaki dengan perempuan seharusnya dititik beratkan..

"berhubungan HANYA jika perlu"

yang paling penting ialah "SIMPAN NIKMAT CINTA UNTUK SELEPAS BERKAHWIN"

selain itu juga sukanya untuk aku nyatakan bahawa janganlah terlalu obses dengan cinta dunia...
namun, suka juga untuk aku katakan bahawa kehidupan ini semuanya tentang "cinta"..
cinta kepada Allah SWT
cinta kepada Rasul-Nya
cinta kepada Ibubapa
cinta kepada Sahabat
cinta kepada Saudara
cinta kepada Alam
cinta Dunia
jika hendak disenaraikan
terlalu banyak perkara yang mampu kita catatkan perihal cinta
terpulanglah kepada kita sendiri unutk memilah yang mana satu CINTA YANG UTAMA bagi kita...
janganlah kalian bersalah sangka dengan penulisan ini, bukanlah ertinya untuk menggalakkan kalian untuk bercinta-cintun, akan tetapi, sekadar perkongsian ilmu mengenainya.
yakinlah dengan jodoh kita..sesungguhnya jodoh kita telahpun ditetapkan..cuma lambat atau cepat sahaja..
sebelum mengundur diri, diharap sangat kalian yang lebih ahli dalam bidang ini untuk memberi teguran yang membina untuk penulisan kali ini.
supaya dengan teguran membina kalian, mampulah aku unutk membaiki penulisan di masa dan topik yang lain..
akhir kata, ingin aku selitkan satu kata-kata yang ku petik dari ustazah itu,

"kalau kamu ingin mengenali/melihat peribadi kamu, lihatlah peribadi diri orang yang kamu cenderung unutk jatuh cinta"

bukankah sudah dinyatakan di dalam surah An-Nur ayat 26

Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)

akhir kata, assalamualaikum....

No comments: