kadang kala,
terdapat banyak perkara yang terdapat difikiran & juga hati
tetapi, tidak semuanya dapat dikeluarkan
samaada tidak tahu bagaimana hendak mengeluarkan mahupun sengaja
tidak mahu mengeluarkan
terkadang ianya keluar dalam bentuk tulisan mahupun lisan
yang penuh dramatik pula, ada juga yang hanya mampu mengalir
bersama-sama titisan mutiara tanpa apa-apa penjelasan
tetapi, empunya hati itu sendirilah yang mengetahuinya
terlalu pedih/sakit/pilu rasa hati jika ada yang tidak terluah
jangan kamu sempitkan keadaan diri sendiri
tadahlah tangan, maka luahkanlah segala-galanya kepadaNya
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala-galanya samaada secara
terang-terangan mahupun yang tersembunyi
Allah Maha Mengetahui apa yang tersembunyi di dasar hati kita
janganlah kita menjadi malas untuk berdoa/meluahkan segala-galanya
hanya dengan alasan Allah sudah
mengetahui apa yang terbisik dihati kita
mengetahui apa yang terbisik dihati kita
terlalu sedikit amalan/ibadah dan juga kata-kata syukur kita jika
hendak dibandingkan dengan nikmat yang telah Allah SWT berikan kepada kita
*********
Ya Allah..
sesungguhnya aku seorang yang terlalu kerdil hingga terkadang aku
malu untuk meminta kepadaMu
aku malu untuk mengadu kepadaMu
kerna sudah terlalu banyak nikmat yang telah Engkau berikan kepada
diri ini
layakkah aku untuk meminta segala macam hal sedangkan nikmat yang
telah/sentiasa Engkau berikan tidak pernah habis.
Allahuakhbar..!
namun, aku hanya manusia ciptaanMu
hanya kepada Engkau tempat untuk aku meminta
hanya padaMu aku memohon
hanya padaMu aku meluahkan segala rasa
hanya padaMu tempatku bergantung harap
hanya padaMu aku menyerah diri
sesungguhnya Engkau yang selayaknya di sembah
tiada tuhan selain Allah SWT
dan Nabi Muhammad itu pesuruhMu
oleh itu
aku akan terus mengucapkan kata syukur kepadaMu
aku akan terus menadah tangan untuk berdoa kepadaMu
aku akan terus meminta kepadaMu
aku akan terus meluahkan segala apa yang aku rasa kepadaMu
aku akan terus bergantung harap kepadaMu
aku juga akan terus meminta keampunan kepadaMu
Syukran ya Robb..
Allahuakhbar....!
No comments:
Post a Comment