~pic nie, memang x de pon kaitannye dengan entry nih..hehe..
Assalamualaikum, kalian...
Alhamdulillah, nikmat yang tidak pernah putus-putus dan sentiasa dikurniakan buat hamba-Nya..
kenapa tahap kebaikkan dan jua ke'alim'an sesorang dipersoalkan saat lontaran berbau teguran ataupun nasihat dikeluarkan?..
boleh jadi teguran itu datangnya daripada yang Maha Pencipta melalui orang yang menegur
tika menerima sebarang kata-kata yang berbau teguran mahupun nasihat, eloklah jika dihadam dahulu kata-kata itu untuk kebaikkan diri sendiri dan juga orang lain
sebelum kita mengukur tahap kebaikkan dan juga ke'alim'an sang penegur itu..!
biar bagaimana rupa dan gaya sekalipun orang yang menegur, insyaAllah, pasti ada kebaikkan untuk diri kita..
bersyukurlah, masih ada orang yang menyayangi diri kita dengan mengingatkan dan menegur kesalahan kita..
oleh itu,
kalian terimalah kata-kata dan coretan yang berbentuk nasihat, teguran, ataupun segala bentuk penulisan yang terdapat pada blog ini hari ini, sebelum ini dan juga yang akan datang dengan hati yang terbuka, malahan jika kalian mengambilnya sebagai pengajaran dan tauladan dan juga kata nasihat, syukran..
tetapi..
janganlah dipersoal tahap kebaikkan dan keilmuan diri yang sedia khilaf lagi hina ini untuk untuk kalian menghadam informasi di sini,
kerana, jika tahap kebaikkan diri ini yang diukur, pasti kalian kecewa, kerana diri ini bukanlah seorang yang baik mana di muka bumi Allah ini..
dan jika tahap keilmuan yang menjadi ukuran kalian, kalian juga pasti kecewa, kerana diri ini hanyalah cetek ilmu dunia, lagi cetek ilmu agamanya..
sekadar perkongsian dan buat tatapan diri ini sebagai peringatan dan inilah proses pembelajaran dan juga penghijrahan bagi diri ini..
'Bacalah...bacalah dengan nama Allah. Rendahkan hati dan diri anda. Perdulikan sama ada saya yang menulis ini baik atau jahat, jahil atau ilmuwan kerana jika anda tawaduk anda bukan sahaja boleh belajar daripada orang yang baik dan berilmu, tetapi juga daripada orang yang jahat dan dungu!'-PAHROL MOHD. JUOI-NOTA HATI SEORANG LELAKI
No comments:
Post a Comment