Layakkah aku untuk menidakkan segala suruhanNya
Sedangkan sudah terlalu banyak yang telah Dia berikan kepadaku
Layakkah aku untuk mengecewakanNya
Setelah segala-galanya Dia beri padaku dengan percuma
Layakkah aku mempertikaikan kekuasaanNya
Sedangkan aku juga ciptaanNya
Layakkah aku hidup
Jika hanya untuk membuat kerosakkan dan melanggar perintahNya
Namun
Aku hanya manusia biasa
Yang berfitrahkan dosa
Aku juga insan yang sering lupa
Pada YANG MAHA PENCIPTA
Aku juga sering terleka
Dengan kehebatan dunia
Aku juga khilaf
Aku juga pendosa
Aku juga berdosa
Aku juga pelaku dosa
Aku juga melakukan dosa
Aku juga penuh dengan dosa
Aku tidak menutup aurat
Malah berbangga dengan kecantikkanku
Aku tidak bersolat
Malah aku berbangga dengan bersiar-siar tanpa memperdulikan seruan azan
Aku tidak berpuasa
Malah aku berbangga dengan setiap hidangan makanan aku
Tetapi
Engkau masih terus dan terus memberikan segalanya dengan percuma kepadaku
Engkau terus memberi kemewahan kepadaku
Engkau terus memberi kesihatan kepadaku
Engkau terus memberi nikmat kepada aku
Engkau terus memberi NYAWA kepadaku
Walaupun aku telah melupakanMu
Mengapa?????
Sedangkan aku lupa
Lupa kepadaMu
Ianya
Kerana
KASIH SAYANG
Kasih sayang Allah SWT mendahului kemungkaranNya
Betapa luasnya kasih sayangMu
Sanggup mengutip aku dari lembah hina
Sanggup memberi peluang kepada aku untuk berubah
Sanggup juga mengampunkan dosa-dosa aku yang bergunung-gunung banyaknya
No comments:
Post a Comment