bismillah......

KoTak H❤Ti-since 26 february 2010
Super Happy Smiley

cinta senyonyong?

“bersabar ye, wahai perut. Lepas nie, kite makan,k.” Eylfi mengusap-usap perutnya yang sedang menjerit-jerit kepada empunya badan. Nur Eylfi Esmaa binti Kamaruddin cepat-cepat untuk menyiapkan kerja sekolahnya. Namun, seketika kemudian keperitan kian dirasai. Nampaknya pujukan sebentar tadi tidak menjadi. Isi perutnya kini benar-benar marah dan semakin kuat menjerit-jerit siap pakai maximum volume speaker,plak dah. Jam menunjukan sudah pukul 11 pagi. Patutlah penghuni perutnya mengamuk semacam.! Gomelnya.

“ adoii.sakitnye perut. Jangan gastric, dah.!. baiklah, kite makan sekarang..!” Eylfi memujuk perutnya yang sudah memberontak minta di isi. Hari ini, ibu ke rumah mak long di Bandar. Katanya, esok petang baru balik sebab mak long ade wat kenduri makan selamat untuk anaknya. Tinggallah Eylfi berdua bersama abangnya, Ahmad Hakimi bin Kamaruddin. Aku tak join sebab peperiksaan SPM tak lama lagi, so, kenalah focus study and kebetulan Kimi pula tengan cuti semester, so, ibu nak kimi temankan Eylfi di rumah. Hurmm..Kimi kemana pun, entahlah. Tapi, sebentar tadi, terdengar juga bunyi suara television terpasang, tapi..Malaslah nak amik tahu. Eylfi keluar dari biliknya lalu mengatur langkah mengikut irama rancak yang datang dari perut miliknya menuju ke dapur. Setiba di dapur, tangannya terus mencapai pinggan dan sudu lalu menceduk nasi goreng di dalam kuali yang dibikin ibu sebelum bergerak  ke Bandar pagi tadi.


Eylfi menapak di ruang depan untuk menikmati sarapan pagi nasi goreng sambil menonton television.pukul 11am sarapan??.layan je la.. Dengan lafaz BISMILLAH, Eylfi menyuapkan nasi ke dalam mulut. Alangkah bahagianya perut miliknya takala menerima pelancong ke ruang itu untuk dihadam. Matanya setia menonton rancangan ‘chibi maruko chan’ yang amat digemarinya. Walaupun usia sudah menganjak 17 tahun, namun keanak-anakkannya tidak dapat dibendung. Tambahan pula, Eylfi memiliki badan yang bersaiz xs langsung menampakkan dirinya macam budak-budak. Ye la, awet muda..uhuk3..! Nasi yang tadinya penuh, sudah tinggal separuh. Sesekali, dia tersenyum lebar dan juga ketawa terbahak-bahak takala telatah maruko yang menggeletek tekaknya. Oleh kerana dek ketergelojohan, Eylfi jadi huru hara dan tangannya terkapai-kapai meraba sekeliling. Alamak, tersedak.!  Dalam hatinya hanya ada satu. ! AIR. Ya, air untuk melegakan kahak..? eh, tersedak,lorh.!Alahai, macam buta pun ada siap raba-raba.! Haha..! Matanya tajam memandang kearah balang air yang menjadi tempat tinggal bagi sekawan ikan belaga siam di atas meja sisi yang tidak berapa jauh darinya. Tersedak hingga tersembur segala isi yang ada di dalam mulutnya.telatah maruko tidak lagi diendahkan namun,  Ikan belaga kelihatan seolah metertawakan dirinya. GERAM.! Perlahan-lahan untuk mendapatkan balang ikan, namun jutaan bersyukur pabila tanganku cepat terpegang botol air mineral yang terdapat di atas sofa sebelahku. Air yang tadinyahampir  setengah, ku teguk rakus, hinggalah ke titisan yang terakhir. Alhamdulillah, nasib bek ade air nih, kalo tak, jadi arwah la, ikan begala siam,oi.! Untung umur masih panjang. Desis hatinya.


“ eh, phone sape plak nih?” Handphone Samsung flip, aku terlanding ke atas nya pabila duduk di sofa menghampiri ikan belaga, kini ku cuba buka perlahan-lahan. Slow mation la plak.!
Sepantas kilat, phone TERtukar tangan. Aku terkebil-kebil, belum sempat bukak, tiba-tiba aku diragut.! Nak slow mation sangat,kan..


“ ape pegang-pegang orang nih?! Aku senyonyong, kang!” hah.! Amik,ko.bila mulut cili api milik CIK NUR EYLFI ESMAA dah berbunyi, pasti beracun.! Terkezut tahap king kong aku bila mana handphone di tanganku di rampas dan, tangan lembut milikku, diperkosa.! ikut suke suki dye je pegang tangan orang. Dasar..!arghh…


Kini, giliran dia pulak yang terkebil-kebil pabila melihat aku terjerit bagai orang gila.! Mungkin sudah TERsenyonyong dengan word yang aku keluarkan sebentar tadi. WHAT?? Desis hatinya..namun, rasa bersalah mula membanjiri ruang hati lelaki itu pabila tersentak dengan perlakuannya yang spontan  merampas handphonenya hingga tersentuh kulit tangan gadis itu..


Wait wait. Word ‘senyonyong’ membawa Daniel Aiman kembali ke zaman kanak-kanaknya.


Hari sukan sekolah sangat meriah.! Dani mewakil rumah sukan merah dalam acara lumba lari. Setelah penat berlari, Dani duduk di tepi padang. Tiba-tiba muncul seorang kanak-kanak perempuan yang sangat comel, tapi comot.!


“ abang..abang ensem,lah..kalo orang nak jadi gelpren abang boleh,tak?” tiba-tiba kanak-kanak itu bersuara dan membuatkan Dani tersentak. Huisss..!tak padan dengan kecik.! Desis hatinya


“ mane boleh, dik. Adikkan kecik lagi.adik kene belajaq sungguh-sungguh” Lembut sahaja suaranya membalas, masatu, Dani darjah 6.


“ala, nak jadi gelpren abang ensem..hurrmm..kalo orang bagi senyonyong kat abang, abang nak tak?” mulut yang comel bersuara, tapi,


“WHAT?..senyonyong?” Glurrpp..Dani telan air liur. Tersentak mendengar word senyonyong keluar dari mulut budak kecil yang masih lagi berhingus.


“dalam tv cakap, kalo bagi senyonyong kat orang kite suke, orang akan suke..” petah sekali budak kecil itu berbicara.!


“adik tahu tak ape itu senyonyong?” Tanya Dani masih dalam nada yang lembut.


“tak tahu..”….=,=’


Eylfi tersentak pabila suara abang kandungnya, kimi menyerjah kedalam ruang telinganya dan bayangan zaman kanak-kanak Dani hilang dalam kabus memorinya.


“asal ngan ko nie, Eyl?” tiba-tiba Kimi muncul. Dengan perasaan yang membara, aku menjeling tajam tanda marah.!.kecomotan diriku langsung tidak diambil perduli. Rambut panjang paras bahu, terikat tanduk dua, sedikit senget. Sah, memang macam kanak-kanak yang hilang ibubapa.!


Pantang orang sentuh aku,tau.! Setelah puas hati menjeling betul-betul ke dalam biji mata budak lelaki itu, aku menghentak kaki dengan kuat lalu menuju ke dapur untuk cuci tangan.eh, budak,ke?.! Lantak,la. Selera untuk meneruskan sarapan, kini MATI.! Penghuni perutku pula sporting dan tidak merajuk. Selepas mencuci tangan, aku melangkah dan sekali lagi menghentakkan kaki kuat-kuat dan mataku memainkan peranan untuk menjelingnya sekali lagi dengan kow-kow lalu masuk ke dalam bilik yang berhadapan dengan ruang tadi. Pinggan, beserta khazanah nasi goreng yang tersembur tadi ku biarkan. Padan muka.! Biarlah Kimi yang bersihkan. Lagi bagus kalau budak lelaki tadi yang bersihkan.! Aku merebahkan badan ke atas tilam yang empuk, lalu terlena. Penangan budak lelaki tadi yang memperkosa tangannya, sangat kuat sehinggakan tiada mood untuk menyambung menyiapkan kerja sekolah yang terbelengkalai sebentar tadi.


Wahai kawan-kawan 
Mari sembah Allah 
Wahai kawan-kawan 
Mari ikut perintah Allah
Wahai kawan-kawan 
Marilah sembahyang 
Wahai kawan-kawan 
Itu pesan Rasulullah
Dengan bersembahyang 
Hati jadi tenang 
Jiwa jadi lapang 
Dosa hilang Allah sayang

Lagu mari bersembahyang nanyian Aeman mengganggu lenaku. SAH, memang kanak-kanak.! Dengan mata terpejam, tangan meraba-raba mencari arah bunyi. Samsung mini galaxy kini di menapak ditangan kecilku ‘WEI, SOLAT ZOHOR,DAA..!’sekali alarm,daa..!


“ALAMAK, zohor..!” aku sedikit terjerit lalu bergegas bangun menuju ke bikik air. Oleh kerana bilik tidurku tidak punya bilik air, aku melangkah dengan cepat ke dapur. Nanyian Aeman ku biarkan menjerit-jerit diruang bilikku..


Selepas bersembahyang 
Mari baca doa 
Kita tadah tangan 
Moga Allah ampun dosa
Wahai kawan-kawan 
Mari sembah Allah 
Wahai kawan-kawan 
Mari ikut perintah Allah
Wahai kawan-kawan 
Marilah sembahyang 
Wahai kawan-kawan 
Itu pesan Rasulullah
Dengan bersembahyang 
Hati jadi tenang 
Jiwa jadi lapang 
Dosa hilang Allah sayang
Selepas bersembahyang 
Mari baca doa 
Kita tadah tangan 
Moga Allah ampun dosa
Marilah beramal tika usia muda 
Kalau dah tua kan susah jadinya
Marilah beramal tika usia muda 
Kalau dah tua kan susah jadinya
Wahai kawan-kawan 
Mari sembah Allah 
Wahai kawan-kawan 
Mari ikut perintah Allah
Wahai kawan-kawan 
Marilah sembahyang 
Wahai kawan-kawan 
Itu pesan Rasulullah
Dengan bersembahyang 
Hati jadi tenang 
Jiwa jadi lapang 
Dosa hilang Allah sayang
Selepas bersembahyang 
Mari baca doa 
Kita tadah tangan 
Moga Allah ampun dosa
Marilah beramal tika usia muda 
Kalau dah tua kan susah jadinya
Marilah beramal tika usia muda 
Kalau dah tua kan susah jadinya......

Dalam kelam kabut, tetiba aku terlanggar objek besar didepanku. Aku sedikit terpelanting..! hantu apa plak nih.!


“adoiiii…sakitnyee” aku mengadu kesakitan sambil memegang bahu kiriku lalu bangkit. Objek yang ku langgar tadi, sedang memandangku. Mak ai.!


“awak tak nampak ke orang tengah jalan,hah??!” GERAM..! budak nie, lagi. Apelah yang dye buat kat rumah aku nih.dah petang pun tak reti-reti nak balik.bentak hatiku. Wait, budak nie sape sebenarnye,ek?. Kawan kimi,ke?..arghh..! bukan masa nak berkenalan.! Lagipun, tak hingin.!


“opss..! sorry..! awak ok?” nadanya serba salah. Namun kelembutan dan kesopanan masih tetap jelas terserlah. Terjentik perasaan serba salah dihatiku. Padahal aku yang main redah tanpa toleh kiri kanan. Aku yang bersalah sebenarnya..! tapi, ego yang tinggi, aku tetap menyalahkannya. Sorry, tapi, saya takkan berlembut.!bentakku dalam hati.


“ lain kali, kalo berjalan tu cik abang,oiiiii, mate pandang depan. ada paham?!” Aku terus berlalu meninggalkannya yang terkebil-kebil macam burung hantu tengah sesat carik jalan pulang.!hah?.ade ke peribahasa tu?.haha, layan je lah..


Seusai berwuduk, aku keluar dan mendapati budak lelaki itu sedang berdiri di depan bilik air sambil berpeluk tubuh. Wah, segak jugak orangnya. Badan yang tegap, tinggi, macam pemain ragbi pun ade.mukenya plah..Glurpp.!ensemnyerr..! gomelku dalam hati. Eh, wait.! Dye wat ape nih? tunggu aku,ke?ke dah terkena senyonyong aku? Jangan la ko buat ape-ape kat aku. Kang batal wuduk aku.!bisik hati kecilku pabila tidak selesa akan kehadirannya.


“Dani, lambatnye..ko belum wuduk,eaa” hakimi muncul di ruang dapur. Dani? Agaknya nama budak nie, kot.


“dah, tapi….terbatal” matanya menjeling kearahku. Oh, baruku faham, rupanya budak dani nie, tengah tunggu turn nak wuduk.haha.! boleh plak aku fikir yang bukan-bukan. Suara kimi mematikan bisik hatiku. tanpa membuang masa, Dani terus melangkah masuk kedalam bilik air dan menyegarkan diri dengan wuduk.


“eh, Eyl…Adik dah zohor?.jom zohor sekali,k..bukan senang nak berimamkan orang jauh nih” kata kimi dan aku hanya mengangguk.


Seusai zohor berjemaah berimamkan Dani, aku menyalami tangan kimi dan Dani, hanya senyuman tipisku hadiahkan buatnya. Lantas aku terus masuk ke dalam bilik.


Kemerduan suara Dani semasa mengimamkan solat zohor tadi, masih menyentuh kalbu hatiku. Dengan tajwid dan makhrojnya sangat teliti dan fasih sekali. Alamak.! Aku jatuh cinta dengan suaranya.!tidak..!


Selesai mengerjakan solat zohor berjemaah, aku bersemangat sungguh untuk study dan menghabiskan kerja sekolah. Sesekali, bacaan al-fatihah dan surah-surah lazim menerjah masuk ke ruang ingatanku. Sungguh mengasyikkan bacaan Dani. Macam ustaz pun ada.!


“Astaghfirullah hal azim..! study,Eyl..!study..!focus..!” aku cuba mengingatkan diriku.


Sebelum masuk waktu asar, aku mula bersiap-siap menuju ke bilik air untuk berwuduk..!wah wah wah. Bukan main bersemangat aku.!


“Abang…” seusai berwuduk dan menyarungkan telekung, aku mencari kimi. Mak ai.! Kemana pulak perginye abang aku nih.! Desis hatiku. Aku menghampiri bilik tidur milik kimi di hujung sebelah bilik tetamu. Langkahku terhenti, aku terdengar suara sedang mengalunkan ayat-ayat cintaNya dengan asyik sekali. Pintu bilik yang sedikit terbuka, member ruang untuk aku curi-curi skodeng.hehe. Dani?!. Aku terkaku. Merdunya suara. Aku terbuai seketika. Luruh rasa hatiku takala mendengar aluanan ayat-ayat suci al-Quran yang merdu. Sedangkan aku tidak mampu untuk mengalunnya sedemikian. Terasa jatuh mutiara putih dari mataku. Aku terduduk dan menyandarkan badan pada dinding diluar bilik kimi. Dani mengalunkan surah al-Mulk.! SubhanAllah..!..aku hanyut dalam dunia aku sendiri. Mengenangkan diri tidaklah sehebat Dani dalam mengalunkan surah-surahNya. Disebabkan kenakalan yang melampau di zaman silam, aku belum mengkhatamkan senakskah al-Quran. Terdetik dihatiku untuk mengaji semula.


“Eh, awak buat ape duduk kat sini?” Dani menegurku. Aku sedikit tersentak. Segera, perasaan malu dan kerdil menumbuh dengan pantas di dalam diriku. Aku hanya tertunduk.


“errmm..saye nak wuduk jap. Awak kejutkan Abang awak,ye. Kite solat berjemaah..” Dani yakin bahawa Eylfi ingin menganjak mereka solah asar berjemaah. Semakin meyakinkan pabila Eylfi sudah mengenakan telekung dikepalanya. Aku masih lagi tertunduk dan hanya menangguk. Aku melangkah masuk kedalam bilik kimi dan mengejutkan kimi dari lenanya.


Selepas berjemaah, kimi memintaku untuk masak beberapa lauk dan nasi untuk menjamu Dani makan malam. WHAT?! Masak?!..bukankah kimi tahu yang aku tak pernah memasak dan tak pandai.!


Rambut, ku ikat ekor kuda. Aku menuju ke dapur dan memunggah bahan mentah yang terdapat di dalam peti sejuk. Ada ayam seekor, ikan, sotong, sayur bayam, sayur salad, tomato, cili padi, bawang putih, bawang besar, serai, belacan, ikan bilis…banyaknye. Arghh..! ape aku nak buat dengan sume nih?


“Eyl, adik abang nak masak ape?” kimi tiba-tiba muncul. Aku tak menoleh, sebaliknya blurr. Tak tahu nak buat apa..husii..kimi nih, macam tak tahu yang aku memang tak pandai masak.ke dye buat-buat tak tahu?.saja nak malukan aku depan Dani tu.adoiii..! aku stress..!aku masih membisu


“wei, pandai masak tak? Asal adik keluarkan sume bahan mentah nih?.takkan nak buat sume kot.” Kimi pelik bin hairan bin entahlah.dan terperanjat sambil membulatkan matanya melihat bahan mentah berlonggok di tepi singki.


“Abang penah tak Nampak Eyl masak?” tanyaku mendatar tanpa menoleh kearah kimi yang berdiri 
dibelakangku. Aku membelek-belek tomato yang segar kemerah-merahan.


“Abang kan jarang balik. Takkan lak adik tak pernah masak,kot.” Kimi bersuara menambah perisa geram dihati.aku hanya memandang kea rah bahan mentah yang aku keluarkan tadi.


“Eyl tak pandai masak,lahhhh…..!!!!!” aku tiba-tiba menjerit dan menoleh kearah kimi…arghhh..! tomato yang digenggam dengan penuh stress terpelanting..


“ Ya Allah..!” satu suara seperti kesakitan. ALAMAK, DANI..! aku tergamam lalu menunduk.


“lah…asal tak cakap awal-awal. Kalo cakap tadi, tak de la adik stress macam nih. Kesian Dani jadik mangse kena baling ngan tomato..hahahaha” Kimi bersuara sedikit kesal dengan adik perempuannya yang sudah berusia 17 tahun tapi, tak pandai masak.!huh..namun, gelaknya dihujung kata, menggores hatiiku..aku mula diselubungi rasa sedih plus geram plus…arghh..! semua perasaan berkumpul menjadi rojak aneka rasa..! biasanya, ibu hanya akan memanggil untuk makan sahaja, bukan untuk tolong masak. Kalau Eylfi nak tolong pun, ibu mesti tak kasi punye. Ibu cakap, Eylfi kena tumpukan pada pelajaran, esok-esok, baru belajar masak.meneyesal aku tak belajar masak..!getus hatiku


“ sorry.!.ingatkan nak try. Tapi, ..” sedih..!..aku menangis.! Untuk pertama kalinya aku menangis dihadapan seorang bernama lelaki selain abangku sendiri, DANI.!malu,kot..aku berlari masuk ke dalam bilik dan menangis teresak-esak.


Jam menunjukkan hampir pukul 6 petang..


TOK TOK TOK..!


“Eyl…jom makan..!” suara kimi memenuhi ruang telingaku. Namun aku masih mendiamkan diri. Pintu bilikku dikuak dari luar. Kimi masuk kedalam bilik lalu memujukku.


“adik, jangan la macam nih, abang minta maaf..sorry,k. sungguh.! Abang tak tahu yang adik tak pandai masak..” nada memujuk namun pabilah word TAK PANDAI MASAk diutarakan, aku sedih kembali.


“dah dah. Janganlah macam nih. Jom makan. Penat tau, abang Dani masak. Kesian abang Dani, dah la jadi tetamu, tup tup, dye yang kene masak.” What??..!Dani masak?! Segannyer…


Melangkah ke dapur, terhidu bau masakan yang enak sekali. Aku duduk berhadapan dengan Dani. Ikan masak masam manis, sayur salad tumis, terhidang diatas meja. Aku hanya tertundunk dan tak nak menghadap muka Dani. Perasaan malu dan kerdil makin menebal. Arghh..! rasa nak makan kat bawah meja pun ada.! Tapi, apa plak kata kimi nanti dan Dani. Huh.! Aku mematikan niat untuk makan di bawah meja.

bersambung.....^_^
p/s::sila komen,yer...!! 

cinta itu fitrah..!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..



ikut fitrah jadi indah
langgar fitrah jadi Bida'ah
betul caranya jadi sunnah
salah langkah jadi fitnah

Assalamualaikum..
bila hendak berbicara soal cinta, pasti ianya mampu menarik minat sesiapa sahaja..
kerana ianya merupakan fitrah manusia..
kata-kata pembuka di atas ialah saya petik dari "slide show" seorang ustazah...
honestly, secara peribadi, aku tidak suka pabila mengenai "couple" dipersoalkan..
akan tetapi, dari kalangan sahabat handai, ianya adalah sesuatu yang normal dan mungkin harus bagi insan yang bergelar mahasiswa mahasiswi..
mahu atau tidak, kisah-kisah cinta mereka secara langsung dan tidak langsung, sering diperdengarkan di telingaku..
sebagai sahabat, aku harus profesional dan tidak mudah melatah dengan masalah sosial yang sebenarnya mendatangi meraka tanpa mereka sedari.wallahu'alam..
pertama sekali, tujuan penulisanku kali ini hanyalah untuk memberi kesedaran kepada diri sendiri agar berhati-hati dalam menjalani kehidupan yang penuh kejutan ini..
dan juga, mungkin penulisan ini bermanfaat untuk pembaca yang singgah di sini..insyaAllah..^_^

xxxxxxxxxxxxxxxx

"couple islamik" merupakan isu yang hangat dikalangan remaja kini..
sebelum itu, aku bukanlah layak untuk mengulas isu ini,..
akan tetapi, dengan niat untuk berkongsi sedikit pengetahuan tentang perkara ini
malah, aku berharap ada dikalangan kalian boleh menegur dengan baik jika terdapat kesalahan di dalam penulisanku ini..
peganganku, "no couple before akad"....yeah..!..
pada pandangan peribadi, couple sebelum akad adalah tidak boleh dan insyaAllah, akan ku tolak dan jua tentang habis-habisan..
kadang kala, diri ini jua diselubungi sedikit resah dengan peganganku..
keluargaku yang hanya sedarhana ilmu agamanya, mampukah aku nak teruskan ataupun merealisasikan pegangan itu, iaitu, berkahwin tanpa bercinta terlebih dahulu.
dan yang membingungkan ku juga, mampukah aku menjumpai seorang lelaki yang akan menjadi "suami" ku, yang selari dengan peganganku itu..
sudah tentu aku tidak tahu/dapat mengenali dirinya dengan lebih dekat/tahu budi bahasanya..
dan pabila berkahwin, dia bukanlah sesuai dengan diri ku/tidak bersefahaman..
wah..!, begitu jauh pemikiran ku..stop..
agaknya, pada usia ini, masih terlalu muda untuk aku memikirkan persoalan itu..
kembali kepada penceritaan,
untuk tidak berburuk sangka, 
malah Allah SWT tidak suka orang yang berburuk sangka, 
apatah lagi berburuk sangka dengan "jodoh"..
bukankah jodoh sudah ditentukan oleh-Nya..
oleh itu,aku mengambil jalan tengah untuk tidak mengendahkan persoalan-persoalan itu.
aku hanya mampu berdoa supaya dijodohkan dengan orang yang mampu membimbingku kejalan-Nya, 
yang mampu menambah kecintaan/kerinduanku kepada-Nya dan juga Rasul-Nya..ameen..
namun, selepas menghadiri usrah yang kecil dan dalam arti kata lain,majlis ilmu atau ceramah mengenai "couple dalam islam" oleh seorang ustazah, di kampusku..
dan apa yang di sampaikan oleh ustazah itu, cukup mengejutkan aku serta rakan-rakanku yang lain..
di dalam usrah itu juga, kami di perdengarkan olehnya tentang
"cinta itu boleh sebelum berkahwin, asalkan TIDAK MENGIKUT HAWA NAFSU"
untuk menyokong kenyataan di atas, disertakan sepotong ayat al-Quran;


"Dan sungguh, perempuan itu telah berkehendak kepadanya(Yusuf).Dan Yusuf pun berkehendak kepadanya, sekiranya dia tidak melihat tanda(dari) Tuhannya.Demikianlah, kami palingkan darinya keburukan dan kekejian.Sungguh,dia(Yusuf) termasuk hamba yang terpilih"(Yusuf:24)


surah Yusuf ayat 24, menceritakan kisah nabi Yusuf dengan Siti Zulaikha..

kata-kata lain yang ingin saya kongsikan disini iaitu hasil dari usrah bersama ustazah itu ialah;

"kalau kamu cintakan dia, maka lepaskanlah.Jika benar dia jodoh kamu, insyaAllah dia akan kembali kepada kamu"

"cinta itu nikmat tapi AWAS"

dan, berdasarkan usrah yang dikuti itu, ingin sekali aku kongsikan, bercinta sebelum berkahwin boleh asalkan TIDAK MENGIKUT HAWA NAFSU.
ini kerana unuk mengenali keluarganya.
INGAT...!
batas pergaulan antara lelaki dengan perempuan seharusnya dititik beratkan..

"berhubungan HANYA jika perlu"

yang paling penting ialah "SIMPAN NIKMAT CINTA UNTUK SELEPAS BERKAHWIN"

selain itu juga sukanya untuk aku nyatakan bahawa janganlah terlalu obses dengan cinta dunia...
namun, suka juga untuk aku katakan bahawa kehidupan ini semuanya tentang "cinta"..
cinta kepada Allah SWT
cinta kepada Rasul-Nya
cinta kepada Ibubapa
cinta kepada Sahabat
cinta kepada Saudara
cinta kepada Alam
cinta Dunia
jika hendak disenaraikan
terlalu banyak perkara yang mampu kita catatkan perihal cinta
terpulanglah kepada kita sendiri unutk memilah yang mana satu CINTA YANG UTAMA bagi kita...
janganlah kalian bersalah sangka dengan penulisan ini, bukanlah ertinya untuk menggalakkan kalian untuk bercinta-cintun, akan tetapi, sekadar perkongsian ilmu mengenainya.
yakinlah dengan jodoh kita..sesungguhnya jodoh kita telahpun ditetapkan..cuma lambat atau cepat sahaja..
sebelum mengundur diri, diharap sangat kalian yang lebih ahli dalam bidang ini untuk memberi teguran yang membina untuk penulisan kali ini.
supaya dengan teguran membina kalian, mampulah aku unutk membaiki penulisan di masa dan topik yang lain..
akhir kata, ingin aku selitkan satu kata-kata yang ku petik dari ustazah itu,

"kalau kamu ingin mengenali/melihat peribadi kamu, lihatlah peribadi diri orang yang kamu cenderung unutk jatuh cinta"

bukankah sudah dinyatakan di dalam surah An-Nur ayat 26

Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)

akhir kata, assalamualaikum....

coretan hati



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Aneh..
kebelakangan ini, jiwaku aneh..
aku lebih gemar diam dan menyendiri..
hari ini sudah masuk hari ke-3 aku begini..
bukan bermaksud marah, merajuk, jauh sekali mendendam..
dan jauh sekali jika malas untuk meyarungkan hijab dikepala..
namun, aku lebih senang meyendiri..
aku perlukan masa..

pernah ku perdengarkan ianya kepada seseorang..
disaat aku disapa perasaan ini suatu ketika dulu..
seorang kakak yang sama-sama berjuang..
diam itu zikir..
begitulah indahnya kata-kata nasihatnya..
mudah-mudahan aku tergolong didalamnya..
ameen..

Ya Allah..
kau temukanlah aku dengan ketenangan hati..
ketenangan hati yang menjadi dambaan hamba-hambaMU..
kau bimbinglah hati ini kejalanMu..
kuatkanlah hati ini untuk sentiasa mencari cintaMu..
tabahkan hati ini untuk mengejar redhaMu..
dan..
suatu hari kelak,
Engkau satukanlah hati ini dengan hati yang melabuhkan cintanya padaMu..
agar hati-hati itu kelak bersatu menuju jalanMu..

Hack II



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah..
masih lagi dikurnikan nikmat nyawa untuk meneruskan lagi episod kehidupan sehingga ke hari ini..
dan syukur, dengan nikmat islam dan jua nikmat iman yang Allah kurniakan kepada hamba yang kerdil lagi hina ini..
Entry kali ini boleh juga dikatakan sambungan daripada entry yang lepas..."HACK?"..
haa...ape jadi,ek....
1stly, Alhamdulillah, Fb aku da boleh beroperasi macam biase...
tapi, terfikir lak..asal la ko ok balik,ek..kan elok kalo KO terus..
tapi,kan..bila fikir2 balik,kan..
aku memang perlukan Fb jugak kot buat mase nih..bukan ape..
actually, insyaAllah, awal bulan 11 nih, kiterang ade wat trip ke sabah..
then, segala info-info akan di updatekan di Fb..maju la katekan...huh..! sume nak wat on9 jek,kan...
so..kalo tak dek Fb..kire macam lambat r info nak sampai kepada aku..
sebabnye, HP ade,r..tapi kong..!!tak de kedit,lorhh...hehe...

duhai hati



Ya Allah...
Duhai hati..
bukankan suatu ketika dulu engkau sudah bernekad..
nekad untuk mengosongkan dirimu dari ditakluki oleh yang tidak berhak..
mengapa sekarang ianya datang kembali..
kenapa..
adakah engkau keliru..
ingatlah bahawa..
hanya cintaNya sahajalah yang mampu membawamu kepada orang yang berhak..

wake up, wahai hatiku..
sedarlah sebelum terlambat..
YAKIN lah sentiasa dengan janji-janjiNya..
serahkan cintamu hanya pada yang berhak..
tidak adil bagi yang berhak kelak jika dirimu berpenghuni sekarang..

Duhai hati..
aku tahu engkau lemah..
aku tahu engkau sering lupa..
namun, engkau cukup kuat..!
aku yakin..
pohonlah kepadaNya..

i am NOT the chosen one



Mengenalinya, memang satu keindahan..
mengenalinya juga merupakan satu kepedihan..
banyak yang dapat aku pelajari dari dirinya..
seorang yang bijak
seorang yang baik
seorang yang pandai
seorang yang boleh dikatakan perfect luarannya
namun,
kurang didikan agamanya
TAPI,
aku tidak pernah perduli
aku yakin
dia pasti dapat berubah
kerna
"i'am the chosen one"
yang akan mengubah dirinya
"i'am the chosen one"
yang mampu menariknya dari lembah kegelapan
aku terus memcuba
aku terus mencuba
dan 
aku terus megharap
ianya ku lakukan kerana
sayang
dan juga ianya kerana
CINTAKU KEPADANYA
akhirnya
aku lemah
aku lemas
aku hanyut dalam lautan perasaan ku sendiri
mutiara putih sememangnya sudah menjadi sahabat setiaku
aku bingung
dan tercari-cari
bagaimana 
bagaimana untuk menarik dirinya dari lembah itu
aku kecewa...
namun,
aku kecundang
aku mengalah..
dan 
aku mengundur diri
kerna..
baru ku sedar bahawa
"i'am NOT the chosen one"
dan kini
hanya bisikan doa sahaja yang mampu
yang mampu aku lakukan
dan di dalam bisikan doaku
sentiasa aku berdoa agar
dirinya di sentuh oleh hidayahNya..
dan 
semoga dia akan berjumpa
dengan
"the chosen one"
yang dicintai olehNya
untuk sama-sama dengan dirinya dan mengejar redhaNya..
ameen..

HACK?




Dengan nama Allah yanag Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah..
agaknye dah seminggu lebih dah aku holiday nih..
Alahmdulillah, aku masih diberi nikmat nyawa..
yang paling penting, nikmat islam dan juga iman..
alhamdulillah..
hurrmm..HACK?
ape,ek?..nape plak ianya menjadi title entry kali nih??

H-hari2
A-aku
C-cek
K-kerja umah ( sapu lantai, basuh pinggan mangkuk, etc...)

or..

H-hari2
A-aku
C-capek
K-kott....!!!

haha..!tade,r...
actually, aku punye account fb,r punye pasal..
siang tadi, tak sampai 0.001 minit kot aku masukkan gadget Fb kat blog nih..
tup tup..bile nak bukak Fb, tak bole dahh..!!!??
O,O??
mak ai..!!nape plak nih???ape dah jadik??
kureng hamemmm...!!!
Then , aku tanye r abang aku, nape fb x leh nak bukak...dye try r bukak aku punye profile dr account fb dye..
"sahhhh....!..FB ko dah kne hack....!!"
"hah...?? hack tu natang ape plak??"
"kire ade virus or fb ko dah kene delete la kot..hehe"
sempat gak dye gelak....!!!GERAM...
"sape punye keje la nih...kalo nak tau sape yang uatkan bole,x?"
"mane la aku tau....dah2...aku nak layam Fb nih.."
huh...!
aku kene carik sampai lobang cacing sape yang buat nih...
kalo dah jumpe lobang pun aku carik cucu cicit cacing tu...!!!
sebab....
aku
aku
nak

aku nak say THANKS sebab hack FB aku..hehe
kire dah meringankan plus memudahkan keje aku
dah lame kot, aku nak delete Fb nih..tapi x ade kekuatan plus not ready yet...
alhamdulillah..so, takyah la aku nak pening2 sibuk2 on9 Fb lepas nih,ek..^_^
actually, aku tak tau pun "hack" nih ape..
tapi, lantak,r..^_^
Alhamdulillah jugak, sebab dalam Fb aku tak upload gambar or info2 pasal aku sangat..
sebab aku nih sorang yang low profile cket,kot...hehe
aku tak suke orang kenal aku sebab info2 jew..
hehe..
but, lately. aku berani mati dedahkan diri aku kat blog nih..
like, i my name, age, etc..
usia blog aku plak hampir mencecah 2 tahun,kot
baru skang nih aku terbuka hati nak tujukkan siapa aku di dunia nyata nih..
hurrm...duniawi duniawi...

Muhasabah cinta

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..




Muhasabah Cinta



Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

lelaki vs wanita



✿Lelaki yg BAIK : lelaki yg boleh bimbing wanita ke jalanNya
◕Lelaki yg COMEL : lelaki yg berpakaian baju melayu dan menuju ke masjid
✿Lelaki yg SWEET: lelaki yg selalu bercakap dengan nada yg rendah
◕Lelaki yg ROMANTIK : lelaki yg mnghadiahkan sebuah doa setiap hari
✿Lelaki yg CHARMING : lelaki yg mengingatkan si dia tentang ibadat
◕ITU lah LELAKI yg menjadi igauan wanita .. InsyaAllah ♥

Actually, yang kat atas nie, aku copy N paste dari post laman muka buku seorang teman
main point aku kat cne..honestly, personal views, aku rase x fair la kalo WANITA mengenakan syarat2 seperti berikut terhadap lelaki. bagaimana pula dengan wanita yang menjadi igauan lelaki?
oleh itu, aku pun wat r, ape yang tertera kat bawah nih...

✿Wanita yg BAIK : gadis yg sentiasa mencari  dan mengejar redhaNya
◕Wanita yg COMEL : gadis yg berpakaian menutup aurat dan menjaga maruah
✿Wanita yg SWEET: gadis yg bercakap sopan serta menjaga pandangan matanya
◕Wanita yg ROMANTIK : gadis yg mendoakan kesejahteraan muslimin & muslimat
✿Wanita yg LOVELY : gadis yg menjaga solatnya dan menunaikan kewajiban
◕ITU lah Wanita yg menjadi igauan lelaki .. InsyaAllah ♥

bukankah perempuan2 yang baik untuk lelaki2 yang baik dan begitu juga sebaliknye.
baru la fair,kan...
di dalam pencarian mencari jodoh yang baik, kite mestilah jadikan diri kite baik dahulu..
jadi la yang baik dahulu, insyaAllah, akan dapat yang baik juga..^_^

Nak Baru Sangat Kan..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

firstly, Alhamdulillah.sem 3 aku dah pun selesai. Rasenye dah 3 hari dah aku bercuti..yeaa!!^_^
that mean, ade 3 lagi sem yang perlu aku tempuh...hurrmm...
walaupun final kali nih aku wat macam ape tah..
hopefully, sume pass..."ameen"

punye la lame aku tak undate, blog aku pun dah macam sarang naga dah...
actually, aku ade satu lagi blog, tapi aku dah delete dah..
so, aku nak continued ngan blog nih..nak delete sayang plak...hehe..
dengan harapan baru, aku nak ubah la blog nih...
aku nak theme blue n white..hurrmm..
haaa...nak baru sangat, sume post aku delete..huh..!
dengan mata yang terpejam, aku klik delete all post yang ade kat blog nih...
huh...!..tapi, bile aku check balik, banyak kot yang aku x save kat lappy aku..
uwaaaa...!...nak undo, memang tak boleh,la..
ape yang aku boleh buat selain menangis teresak-esak sambil menghantuk kepala kat bantal berkali2 sampai pening , aku just redha, n think +ve...haha...!
banyak kot yang aku wat sendirik..bukan ciplak,k...huh..
tape,r..selain kelalaian n keangkuhan aku yang NAK BARU SANGAT kan....
mungkin ade hikmah disebaliknye....kan..
insyaAllah..^_^


sedih kot....!hehe..