Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Satu situasi bertempat
di laundary
Kelihatan satu susuk tubuh dan seraut wajah yang cukup aku kenal sedang menunggu turn untuk
menggunakan mesin basuh.
Aku yang terkebil-kebil sambil membimbit beberapa jenis
pakaian dan barang untuk di cuci. Rasa malu dan segan melihat kehadirannya di
hadapan aku saat itu. Ya, aku sedikit terkejut. Dari mana datangnya budak ni.
Sebenarnye, aku nak cuci barang anak aku. Ya.! Aku sudah
berkahwin dan mempunyi seorang anak perempuan yang comel macam aku.hoho.
Tiba-tiba
A : ko buat ape kat sini?. Cuci barang anak, ea?
AKU : errr…! A’ah.. ( sambil menjeling ke arah seraut wajah
itu. Terpampang wajahnya yang sedikit terperanjat dan ada sedikit kerutan di
dahi miliknya. Walaupun tidak ketara, namun bagi aku yang sememangnya seorang
pemerhati yang oshem, perkara itu tidak terlepas dari pandangan aku.huhu)
(eh2..sambil2, dalam hati aku dah menyumpah seranah gerangan
si penanya tu. Asal la, peramah sangat dok tanya aku pasal tu..macam tak biasa
pulak..dahlah dengan volume yang maximum.haiss..! timbul rasa menyesal pulak
aku kawin dulu. Erkk..! apakah?. Tapi, sungguh.! Rasa menyesal sesangat kawen
dulu bila tengok dia di hadapan mata sekarang tu.)
Lepas je si A peramah tu tanya soalan maut,(errkk..maut ke?..) tiba-tiba aku masuk ke dalam bilik tidur milik
aku. Terdapat suami dan anak aku yang comel setia menunggu aku. Langsung tak ada sedikitpun rasa bersalah atas perasaan aku sebentar tadi. Pelik kan, kenapa dengan begitu pantas
nya, aku boleh masuk ke dalam bilik tidurku. And, aku pun tersangat-sangat lah pelik, padahal tadi, aku dekat
laundary, tapi, asal plak tetiba macam dalam rumah aku pulak. Iskk..keadaan makin pelik, bila si suami aku
menghulurkan kain lampin yang terdapat solid
milik anakku terlekat di situ..yuckkk…! rupa-rupanya kami (aku and suami)
sedang menunggu si comel kami untuk
mengeluarkan solid nya. Haisss..!
Setelah itu, akupun membawa kain lampin tadi dan melangkah menuju
ke laundary tadi yang dah macam kat
dapur rumah aku saja. Pening-pening..!kelihatan
susuk tubuh itu, masih setia menunggu di situ.
Dan..
SI DIA : errr…lampin anak?
AKU : err…a’ah.. ( entah kenapa berat pulak aku nak mengaku )
SI DIA : hmm..dah kawen eaa..
AKU : err……suuu….dah… ( apa jenis soalan lah yang budak ni tanya.
Dah jelas-jelas aku bawak lampin anak, tadipun rasanya dia tanya pasal lampin
anak,kan?.haiya.. fail addmath, ke
ape budak ni.erkk..! apa kaitan dengan addmath pulak?..budak bawah umur pun
boleh teka, kalau dah ada anak, mestilah dah kawin..takkan aku beranak anak
luar….errkk..! tak sanggup aku nak sambung. Yang penting aku bukan macam tu. Anak
aku tu anak yang disahkan halal oleh
jakim, ok..haha. )
Kami masing-masing menunduk. Dalam hati aku punyalah menyesal
sebab kawin dulu. Arghh..! kenapa wujud perasaan macam ini? Kesian pulak kat
laki and anak comel ku. Kesian ke? Macam tak ada rasa kesian pun. Kesian kat
diri aku, adalah. Sebab dah kawin..errkkk..! Ya Allah, apa jenis isteri lah aku
ni..!
SI DIA : bahagia?..
AKU : errkkk..?
SI DIA : errr…dah kawen tu, bahagia lah kan?..tahniah..!(ada
getaran dihujung suaranya. walaupun
wajahnya di buat-buat ceria namun, mata aku tak boleh menipu. Sungguh..!
terdapat sedikit genangan kolam air mata di tubir mata miliknya. Sedihkah dia?
)
AKU : hmm…. ( kalo lah aku belum kawin, sekarang juga aku
heret budak tu ke pejabat kadi. Hohoho. Gelojohnya aku..! tapi itu
KALAU..kenyataannya, aku DAH ADA LAKI.
ANAK PUN DAH SIAP JUGAK..!aku menangis dalam hati. nak kawin dengan
awakkkkkk…!)
Tiba-tiba,
“ astaghfirullah…mimpi rupanya..?...” aku menampar-nampar pipi comel lagi gebu milikku dengan
bibi
( tedy bear..hihi). Aku menoleh ke sebelah untuk memastikan tiada bantal asing di situ ( sebabnya, dalam bilik aku,
hanya ada satu bantal je. Tak suka banyak bantal. Rimas ) aku melontarkan
pandangan ke sekeliling bilik tidurku. Nampak seperti biasa. Tidak ada satupun yang berubah.
“Alhamdulillah, aku belumpun kawin lagi..” tiba-tiba…
“uwwweeekkkkk…! Uweeeekkkkkkk…!”….
“errrkkkk…! Baby menangis??”
otak mula ligat memproses..ALAMAK..!
“anak?..hahahahaha..my
nephew, lah.hahaha…anak kakak!”
Alhamdulillah..bersyukur sesangat yang aku masih lagi anak dara yang comel lote lagi suci..haha
Mahu sahaja aku sujud syukur di atas katil itu. Namun, aku sekadar
melafazkan kata syukur berkali-kali dan juga di hati..
And honestly, aku tak
kenal and malahan, tak nampakpun
sebenarnya wajah sang suami dalam mimpi aku tu.
Tapi, apakah maksud
mimpi itu?. Dan kenapa aku bersyukur sangat-sangat bila aku dapat tahu itu hanyalah mimpi semata. Dan mengapa
dalam mimpi tu, aku menyesal sesangat
dah kawin bila tengok budak tu?.
Then, bukan sekali
ni je tau aku mimpi budak tu. Inipun dah buat kesekian kali dah..!Cuma tempat dan keadaan je yang berbeza. Tapi, rasa itu, tetap sama..! di sini [ HATI ]
Arghh…!
Lalu aku terus melangkah sambil tangan mancapai tuala dan
meluru ke bilik mandi dan meninggalkan persoalan-persoalan tadi ke dalam kepala
otak milikku. Persoalan yang sama
saat aku bermimpikan dia. Namun tak
pernah berjawapan. barangkali formula yang aku gunakan salah atau agak complicated, sebab itulah jawapannya sering sahaja MATH ERROR.
p/s : Hoho..harap korang
enjoy..! komen2 yang mengutuk and membina sangatlah diperlukan. Syukran ya Robb.
Mengilhamkan mimpi dan aku mengungkapkan dalam bentuk tulisan.
No comments:
Post a Comment